Hukum Upload Gambar Makanan Di Bulan Puasa

Hukum Upload Gambar Makanan Di Bulan Puasa | Apakah hukum sekiranya upload gambar makanan sama ada di facebook, instagram atau pun di mana-mana media sosial? Artikel kali ini, admin tertarik kerana terdapat pelbagai pandangan dari pelbagai pihak berkaitan dengan Hukum Upload Gambar Makanan Di Bulan Puasa.

Hukum Upload Gambar Makanan Di Bulan Puasa

Hukum Upload Gambar Makanan Di Bulan Puasa

Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan bahawa tindakan memuat naik gambar makanan di Facebook ketika bulan puasa tidak jatuh haram hukumnya.

Azhar Idrus berkata, namun pun begitu ulamak ada berpesan supaya janganlah kita ketika berpuasa bersikap terlampau menayang-nayangkan gambar makanan.

“Ada kata haram kita letak gambar makanan. Jawapannya tidak begitu, sebab Rasulullah bersabda; kalau kita beli satu makanan atau kita masak makanan, lalu jiran kita lihat atau jiran kita tercium baunya sunat kita beri makanan kepada jiran kita itu, sunat beri kepada jiran kita yang senang dan kalau jiran kita yang kelaparan wajib kita beri”.

“Masalah gambar ini orang kias, sebenarnya tidak haram, cuma kita jangan terlalu menayangkan gambar makanan kerana bukan semua orang mampu beli apa yang kita tunjukkan di media sosial, tetapi itulah hendak kata haram saya tidak berani,” katanya.

Hukum Upload Gambar Makanan

Sementara itu, ketika mengulas mengenai adakah dibolehkan untuk kita mengambil resepi orang di media sosial, Azhar Idrus berkata itu tergantung dalam tiga situasi.

“Dalam sitausi itu tergantung dengan tiga keadaan, pertama tuan dia izinkan, kedua tuan dia tidak izinkan dan ketiga kita tidak tahu sama ada dia izinkan atau tidak.

“Situasi yang pertama tuan dia izinkan iaitu dengan kata ‘silakan kongsi’ maknanya jelas tuan dia benarkan, situasi kedua kalau dia tidak izinkan jangan tulis kepada umum, dan situasi ketiga ialah dipanggil ‘uruf’ iaitu kalau mengikut kebiasaanya kalau dia muat naik di media sosial itu memang kita letak untuk dikongsi, wallaualam,” katanya.

SUMBER : http://www.sinarharian.com.my

2483 Total Views 2 Views Today

Related Post

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*