Hukum Solat Ketika Gusi Berdarah

Hukum Solat Ketika Gusi Berdarah

Hukum Solat Ketika Gusi Berdarah |  Assalammualaikum dan salam sejahtera. Gusi berdarah ketika anda solat? Apakah hukum solat ketika gusi berdarah? Di sini admin kongsikan bersama-sama maklumat tersebut. Admin kongsikan juga bersama-sama dengan video dari sumber Youtube. Semoga dapat dijadikan panduan kita bersama-sama.

solat-ketika-gusi-berdarah
Sumber Gambar : Google

Hukum Solat Ketika Gusi Berdarah

Bolehkah kita menunaikan solat ketika gusi masih berdarah kerana cabut gigi?
Azman, Kuala Lumpur.

UKE: Menurut para ulama mazhab al-Syafie, kaedah umum yang boleh dirujuk untuk mengenal pasti najis-najis yang dimaafkan itu ialah suatu perkara yang susah untuk dielakkan daripadanya.

Dalam bab ini agak sukar untuk anda mengawal darah dari gusi anda itu, maka boleh bersolat walaupun masih ada darah keluar.

hukum-solat-ketika-gusi-berdarah
Sumber Gambar : Google

Kalau gusi berdarah kerana cabut gigi, bagaimana ingin solat dalam keadaan demikian? Maka darah yang keluar itu bukan sesuatu yang dapat dikawal atau disengajakan untuk keluar.

Jika waktu solat masih panjang, anda boleh menunggu sehingga darah tersebut berhenti. Kemudian berkumurlah dan tutuplah tempat gigi dicabut tadi dengan kapas dan seumpamanya.

Apabila anda yakin darah yang mengalir sudah kurang atau berhenti maka bolehlah anda bersolat. Kemudian anda boleh meneruskan solat dan sah solat anda selagi anda tidak menelan air liur yang bercampur dengan darah.

SUMBER : http://www.utusan.com.my

2190 Total Views 2 Views Today

Related Post

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*