Hukum Puasa Bagi Pesakit Asma Yang Menggunakan Inhaler

Hukum Puasa Bagi Pesakit Asma Yang Menggunakan Inhaler | Apakah hukum menggunakan inhaler bagi pesakit asma? Inhaler atau penghembus ( seperti dalam gambar ) adalah alat perubatan yang digunakan untuk menyampaikan ubat ke dalam badan melalui paru-paru. Ia digunakan terutamanya dalam rawatan asma dan Penyakit Pulmonari Obstructive kronik (COPD). [ Koleksi Soal Jawab Berkaitan Dengan Ibadah Puasa Di Bulan Ramadhan ]

Inhaler

Di sini admin kongsikan supaya dapat dijadikan panduan dan rujukan kita bersama-sama. Admin turut menyediakan video oleh Ustaz Azhar Idrus berkaitan dengan Hukum Menggunakan Ubat Lelah Atau Inhaler Ketika Puasa

Soalan : Di beberapa farmasi ada inhaler yang digunakan oleh sebahagian pengidap athma. Adakah orang yang berpuasa boleh menggunakannya di siang hari Ramadhan?

Hukum Puasa Bagi Pesakit Asma Yang Menggunakan Inhaler

Dijawab oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin;

Menggunakan inhaler bagi yang berpuasa hukumnya boleh, sama ada ianya puasa Ramadhan ataupun yang lainnya. Kerana inhaler itu tidak sampai ke perut tapi hanya berfungsi melegakan saluran pernafasan dan penggunaannya pun hanya dengan bernafas seperti biasa. Jadi hal ini tidak seperti makan dan minum.

Sebagaimana diketahui, bahawa hukum asal puasanya adalah sah sampai ada dalil yang menunjukkan rosaknya puasa, baik dari Al-Kitab, As-Sunnah, Ijma’ ataupun Qiyas yang Sahih.

[Fadha’il Ramadhan, disusun oleh Abdurrazaq Hasan, Soalan no. 1]

[Disalin dari bukuAl-Fatawa Asy-Syar’iyyah Fi Al-Masa’il Al-Ashriyyah Min Fatawa Ulama Al-Balad Al-Haram, edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Terkini, Penerbit Darul Haq]

Sumber :Disunting dan dialihbahasa dari http://www.almanhaj.or.id/

SUMBER : https://fiqhmedic.wordpress.com

SUMBER : https://en.wikipedia.org

1362 Total Views 1 Views Today

Related Post

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*