photo 728x90.jpg
Create your own banner at mybannermaker.com!
Make your own banner at MyBannerMaker.com!

HUKUM MEMAKAI INAI BAGI LELAKI & PEREMPUAN | PENDAPAT IMAM HAMBALI & IMAM SYAFIE

If you liked this post, say thanks by sharing it
Share This

HUKUM MEMAKAI INAI BAGI LELAKI & PEREMPUANHUKUM MEMAKAI INAI BAGI LELAKI
HUKUM MEMAKAI INAI BAGI PEREMPUAN
HUKUM MEMAKAI INAI

 

Menurut pendapat hambali dan syafie mengatakan pemakaian inai ini adalah harus, inai ini boleh digunakan di mana-mana bahagian tubuh lelaki dan perempuan. Cuma Imam Hambali tidak membenarkan inai dibahagian kepala lelaki dan perempuan.

 
INAI
Manakala Imam Syafie pula, tidak membenarkan bagi lelaki menginaikan kaki dan tangan mereka kerana menyerupai sifat perempuan. Tetapi apabila darurat dibenarkan untuk tujuan perubatan. Tidak dibenarkan sama sekali memakai inai bagi perempuan yang idah iaitu (isteri bagi suami yang meninggal) tidak dibenarkan berhias dan keluar rumah tanpa tujuan selama 4 bulan 10 hari atau 3 kali suci dari haid.

 Begitu juga pendapat dari Dr Yusuf al-Qaradhawi menyatakan”bahawa hukum lelaki memakai inai di kukunya adalah di antara haram dan makruh. Ini kerana ia menyerupai perhiasaan wanita . Inai yang digunakan untuk perubatan tidaklah mengapa(tujuan kesihatan seperti inai di ibu jari kaki yang menghidap penyakit kuku rosak.

“Kesimpulan dari perbahasan di atas, bagi lelaki tidak dibenarkan memakai inai di kaki dan ditangan kecuali wanita, kerana menyerupai wanita. Sekiranya ada pandangan lain yang membolehkan, maka kita sebagai Islam mestilah berhati-hati dalam menentukan perbuatan kita, kerana dikuatiri menjadi haram.

Tidak dibolehkan juga kepada wanita yang memakai inai dengan mengukirkan inainya seperti tatu sepertimana hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar ra katanya: “Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu”.(Sahih Muslim).

 
Inai (nama botaninya Lawsonia inermis), merupakan sejenis pohon berbunga yang mana daunnya digunakan untuk mewarnai kulit badan manusia, rambut, kuku, barangan kulit (contoh beg, uncang, talipinggang dsbnya.) dan juga pewarna untuk kain. Pokok inai boleh membesar sehingga ketinggian 2.6m

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Article by Fyna

Terima Kasih Kerana Telah Membaca Entri Ini.

2 Comments

  1. Shag Yahaya says:

    Ouh. Baru tau lelaki memang tak boleh pakai. Nice info dalim ;)

  2. fira says:

    if inai utuk laki time nak kawin boleh tak? yg 3 jari je tue?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *