Hukum Bayar Zakat Guna SMS atau Online

Hukum Bayar Zakat Guna SMS atau Online
Hukum Bayar Zakat Guna SMS atau Online

Kadar Zakat Fitrah Negeri Selangor 2013

Kadar Zakat Fitrah 2013 Seluruh Negeri Malaysia

Cara Bayar Zakat Online – E-Zakat Pay

Hukum Bayar Zakat Guna SMS atau Online

Hukum Bayar Zakat Guna SMS atau Online

Zakat bermaksud sebahagian harta tertentu yang telah diwajibkan oleh Allah s.w.t untuk diberikan kepada mereka yang berhak menerimanya seperti yang terdapat di dalam al – Quran.

“Allah mengkehendaki kemudahan bagi kamu, dan tidak mengkehendaki kesukaran bagi kamu,” (al-Baqarah: 185).

Jelas di dalam kaedah dakwah Islam ada menyatakan bahawa perkara yang mudah janganlah kamu susahkan.

Sebenarnya inilah bukti Islam adalah agama yang meraikan perubahan. Inilah manifestasi fleksibeliti dalam Islam. Dengan adanya teknologi dan inovasi baru ini banyak membantu kita melaksanakan ibadah agar menjadi lebih mudah.

Di dalam amalan berzakat, ramai juga umat Islam yang terkeliru. Adakah akad iaitu lafaz niat dan lafaz terima itu satu kewajipan? Hakikatnya, zakat adalah ibadah wajib yang tidak mensyaratkan akad sebagai syarat sah. Iakukanlah amalan harus, seperti pernikahan yang mewajibkan Ijab dan Kabul (akadnikah).

Maka, hukum akad dalam amalan zakat adalah sunat sahaja.

Zakat seseorang sah di sisi syariat apabila berlaku dua perkara, iaitu niat berzakat dan pemindahan harta zakat. Maka, apabila berzakat menerusi medium seperti di atas iaitu SMS atau Online, apabila niat sudah berlaku dan pemindahan pegangan harta (wang) juga telah berlaku. Maka, sahlah zakat tersebut.

Kesimpulannya, menunaikan zakat dengan pelbagai kaedah baharu ini tidaklah menjadi suatu kesalahan di sisi Islam. Ia adalah sah bahkan memudahkan urusan dengan syarat, hendaklah dipatuhi segala rukun zakatnya, iaitu niat dan berlakunya perpindahan harta zakat dari muzakki kepada mustahiq.  Wallahua’lam.

SUMBER

3648 Total Views 2 Views Today

Related Post

49 Comments

  1. Bersandarkan Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 185 lebih kepada kemudahan berpuasa.

    “The month of Ramadhan [is that] in which was revealed the Qur’an, a guidance for the people and clear proofs of guidance and criterion. So whoever sights [the new moon of] the month, let him fast it; and whoever is ill or on a journey – then an equal number of other days. Allah intends for you ease and does not intend for you hardship and [wants] for you to complete the period and to glorify Allah for that [to] which He has guided you; and perhaps you will be grateful.” 2:185 Quran.

    Boleh ke ambil sebahagian dari ayat penuh pastu huraian lebih kepada perkara lain…

    Lebih elok dalil yang spesifik kepada zakat seperti:

    “And establish prayer and give zakah and bow with those who bow [in worship and obedience].” 2:43 Quran.

    “And establish prayer and give zakah, and whatever good you put forward for yourselves – you will find it with Allah. Indeed, Allah of what you do, is Seeing.” 2:110 Quran.

    “O you who have believed, spend from the good things which you have earned and from that which We have produced for you from the earth. And do not aim toward the defective therefrom, spending [from that] while you would not take it [yourself] except with closed eyes. And know that Allah is Free of need and Praiseworthy.: 2:267 Quran.

    “Indeed, those who believe and do righteous deeds and establish prayer and give zakah will have their reward with their Lord, and there will be no fear concerning them, nor will they grieve.” 2:277 Quran.

    Maka bayarlah dengan apa cara pun, asalkan niatnya benar. Semoga diterima Allah.

  2. Hukum Akd semasa bayar zakat sememangnya sunat, dan tak wajib ..Bagi yang bekerja jauh daripada baitulmal, sibuk gila boleh wakilkan, tapi dengan sms nie is tak berapa yakin dengan akadnya. Akad dalam zakat adalah lafas akad, kalau tak cekak tangan untuk lafas pun tak pa, just bayar, tulis nama kat dalam senarai tu pun dah ok. kena rujuk banyak pasal bayar zakat melalui sms dan online berkenaan kadar zakat yang dibayar dan selebihnya sebagai upah atau bayaran upah dan sebagainya. Feqah senang belajar.

  3. Terima kasih kerana kongsikan ilmu berguna ni..setakat ni masih belum bayar online..manual di kaunter lagi sebab masa mengizinkan selalu..hehe

  4. terbaik perkongsian ni. moga beri jawapan kepada mereka yg tertanya2.

    p/s- kebetulan, tadi ustaz ada cakap. 2 dua ibadat yg niat boleh didahulukan iaitu puasa dan zakat.

  5. info yang berguna…tapi sya lebih sukakan kalau zakat di bayar sendiri tanpa menggunakan sms atau online.Dari situ umat islam lebih kenal mengenali dan mengeratkan lagi silaturrahim antara kita.bayangkanlah kalau ada kemudahan macam tu.mereka lebih suka duduk terperap kat rumah tanpa menghiraukan dunia luar…

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*