(GAMBAR) TELEFON BIMBIT KHAS UNTUK WARGA EMAS DIHASILKAN

Pin It

(GAMBAR) TELEFON BIMBIT KHAS UNTUK WARGA EMAS  DIHASILKAN | TELEFON BIMBIT KHAS UNTUK WARGA EMAS

 

TELEFON BIMBIT WARGA EMAS

LONDON 7 Nov. – Kebiasaannya telefon bimbit terkini mempunyai ciri-ciri moden dan canggih bagi memenuhi kehendak dan menarik perhatian golongan muda.

Bagaimanapun, sebuah syarikat telekomunikasi di United Kingdom (UK), Age UK memperkenalkan telefon bimbit khas untuk warga emas.

Telefon berharga 55 pound (RM269.50) itu direka khas dengan ciri-ciri membuat panggilan mudah untuk mereka yang tidak biasa menggunakan teknologi canggih atau mempunyai masalah penglihatan.

Berbanding menekan nombor untuk membuat panggilan, pemilik telefon hanya perlu menekan butang yang memaparkan nama rakan dan keluarga.

Telefon tersebut mampu menyimpan sehingga lapan nombor telefon yang dipilih oleh pemilik dan diprogramkan ke dalam gajet itu ketika dibeli.

Butang dengan tulisan ‘jawab panggilan’ dan ‘padam/tutup’ juga jelas tertera di telefon tersebut.

Pendekatan asas telefon itu memudahkan warga emas daripada terpaksa belajar menggunakan skrin sesentuh telefon pintar yang sukar difahami mereka. – AGENSI

64 Total Views 2 Views Today
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One thought on “(GAMBAR) TELEFON BIMBIT KHAS UNTUK WARGA EMAS DIHASILKAN

  1. wah ada jugak ye telefon bimbit untuk warga emas.. huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>