photo 728x90.jpg
Create your own banner at mybannermaker.com!
Make your own banner at MyBannerMaker.com!

GAMBAR SETEM KHAS PUTERA WILLIAM DAN KATE MIDDLETON

If you liked this post, say thanks by sharing it
Share This

GAMBAR SETEM KHAS PUTERA WILLIAM DAN KATE MIDDLETON | SETEM KHAS SEMPENA LAWATAN PUTERA WILLIAM DAN KATE MIDDLETON | PUTERA WILLIAM DAN KATE MIDDLETON | SETEM KHAS PUTERA WILLIAM DAN KATE MIDDLETON | LAWATAN PUTERA WILLIAM DAN KATE MIDDLETON | PUTERA WILLIAM | KATE MIDDLETON | HARGA SETEM KHAS PUTERA WILLIAM DAN KATE MIDDLETON

 

LAWATAN PUTERA WILLIAM DAN KATE MIDDLETON

 

KUALA LUMPUR – Bersempena dengan lawatan Di Raja The Duke dan Duchess of Cambridge ke Malaysia pada 13 hingga 15 September ini, Pos Malaysia Berhad akan mengeluarkan setem dan produk filateli terbaru khas buat pengumpul setem dan peminat pasangan itu, mulai Khamis ini.

Ketua Unit Setem dan Filateli Pos Malaysia, Yasmin Ramli berkata, terdapat dua rekabentuk yang akan dijual nanti iaitu pertama setem yang memaparkan wajah Ratu Elizabeth manakala satu lagi adalah wajah Putera William dan isteri, Kate Middleton.‘Setiap satu rekabentuk akan dijual pada harga RM1.50 dan setiap satunya hanya akan dicetak sebanyak 150,000saja jadi sila jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan koleksi terhad ini dengan segera.

‘Bagi sampul surat Hari Pertama pula ia dijual pada harga 50 sen dan RM3.50 sekiranya dilengkapi dengan setem. Jumlah sampul surat juga adalah terhad dan hanya akan dijual pada 13 September ini saja,’ katanya ketika memperkenalkan setem dan produk terbaru itu di Ibu Pejabat Pos Malaysia, di sini, hari ini.

Katanya, selain setem dan sampul surat, Pos Malaysia Berhad turut mengeluarkan ‘folder’ khas berharga RM5.50 setiap satu.

Manakala set lengkap ‘folder’ berkenaan yang mengandungi dua keping setem, sampul surat Hari Pertama dan lembaran mini dijual pada harga RM49.50 dan hanya boleh didapati di cawangan pejabat pos terpilih.

Orang ramai boleh melayari laman web www.postme.com.my bagi tujuan membeli setem dan produk terbaru keluaran Pos Malaysia, atau ke laman web www.pos.com.my untuk maklumat lanjut.

Sementara itu, lawatan Di Raja The Duke dan Duchess of Cambridge ke Malaysia merupakan sebahagian program jelajah pasangan diraja berkenaan sempena sambutan Jubli Intan, menandakan 60 tahun pemerintahan Ratu Elizabeth.

Selepas Malaysia, Putera William dan Kate akan berangkat ke Kepulauan Solomon, Papua New Guinea sebelum meneruskan lawatan ke Pulau Tuvalu.

 

SETEM KHAS PUTERA WILLIAM DAN KATE MIDDLETON

SETEM KHAS PUTERA WILLIAM KATE MIDDLETON

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Article by Fyna

Terima Kasih Kerana Telah Membaca Entri Ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *