Gambar Mizz Nina Bertudung

Pin It

Mizz Nina Bertudung

Gambar Mizz Nina Bertudung | Penyanyi yang terkenal dengan lagu What You Waiting For, Mizz Nina, 33, dalam diam rupa-rupanya mengerjakan ibadat haji di Makkah awal Oktober lalu. Sebaik saja pulang dari Tanah Suci, Jumaat lalu, isteri vokalis Hujan, Noh Salleh, 29, ini mengejutkan pula peminat apabila memutuskan untuk bertudung.

Nina dan suami berserta keluarga berada di Tanah Suci selama kira-kira tiga minggu.

Gambar Mizz Nina Bertudung

Sejak beberapa hari lalu, spekulasi mengenai imej baru Nina mula diperkatakan apabila dia memuat naik beberapa keping gambarnya mengenakan hijab selepas pulang dari Makkah. Bagaimanapun penyanyi terbabit dikatakan belum bersedia untuk menemui media bagi berkongsi cerita penghijrahannya.

Mengulas lanjut perkara itu, Noh berkata, sebagai suami dia berbangga kerana keputusan yang dibuat Nina adalah atas kerelaannya sendiri, bukan atas paksaan sesiapa.

“Sebagai suami, saya menyokong apa saja keputusan isteri saya. Berhijab itu perkara yang baik, sudah tentu saya bangga dengan tindakannya,” ujar Noh.

178 Total Views 1 Views Today
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 thoughts on “Gambar Mizz Nina Bertudung

  1. alhamdulillah..

  2. serius cantik :D

  3. Alhamdulillah..harap berkekalan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>