GAMBAR KERETA NISSAN TEANA MILIK AARON AZIZ | KERETA NISSAN TEANA MILIK AARON AZIZ | BINTANG PALING POPULAR ABPBH2011
Akhirnya Aaron Aziz, 36, telah menerima sebuah kereta Nissan Teana 2.5 L berharga RM167,020 tajaan Edaran Tan Chong Motor (M) Sdn Bhd selain barang kemas bernilai RM250,000 daripada Rafflesia-Mandalay.
Tidak mampu menyembunyikan rasa terharu, aktor kelahiran Singapura itu mengakui akan menggunakan sendiri kenderaan yang dimenanginya manakala set barang kemas serta barangan Avon bakal diberikan kepada wanita teristimewa dalam hidupnya, Diyana Halik.“Hadiah ini umpama penghargaan daripada peminat yang mempercayai hasil kerja saya dan tidak lupa terhadap Berita Harian selaku penganjur. Anugerah ini bukan untuk saya seorang, sebaliknya pengiktirafan kepada seluruh karyawan seni.
“Justeru, ia amat besar maknanya buat diri saya apatah lagi selepas lapan tahun kehadiran saya di sini. Saya akan menggunakan kereta ini sendiri malah tidak pernah terfikir untuk menjualnya, begitu juga dengan barang kemas,” katanya selepas majlis penyampaian hadiah yang diadakan di Hotel Holiday Villa Subang & Suite, di Subang, semalam.







