photo 728x90.jpg
Create your own banner at mybannermaker.com!
Make your own banner at MyBannerMaker.com!

GAMBAR DAYANA WIDYAN, ANAK PEREMPUAN NUR SURYANI (PENEMBAK WANITA NEGARA)

If you liked this post, say thanks by sharing it
Share This

GAMBAR DAYANA WIDYAN, ANAK PEREMPUAN NUR SURYANI (PENEMBAK WANITA NEGARA) | GAMBAR NUR SURYANI 

 

GAMBAR DAYANA WIDYAN ANAK PEREMPUAN NUR SURYANI PENEMBAK WANITA NEGARA

Ratu menembak negara, Nur Suryani Mohamed Taibi berkata, kariernya tidak akan terjejas dengan kehadiran anak pertama, sebaliknya dia lebih bersemangat untuk terus cemerlang.

Nur Suryani yang melahirkan anak perempuan kelmarin menegaskan dia tidak bercadang untuk bersara meskipun kini memikul tanggungjawab besar sebagai seorang isteri dan ibu.

Nur Suryani yang selamat melahirkan anak perempuan seberat 3.2 kilogram pada 7.20 malam kelmarin turut bersyukur dan gembira dengan kehadiran bayi comel yang diberi nama Dayana Widyan.

“Saya tidak sangka sudah bergelar ibu dan selamat melahirkan anak perempuan setelah berada di dalam wad hampir lapan jam apabila tidak dapat bersalin secara normal.

“Selepas ini saya akan bercuti selama tiga bulan dan apabila sihat nanti, saya akan kembali menyertai latihan seperti biasa,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya dekat sini, semalam.

Nur Suryani yang beraksi di pentas Sukan Olimpik, London 2012 dalam acara air rifle 10 meter wanita dimasukkan ke PPUM kelmarin dan dijangka terus berada di pusat perubatan tersebut hingga hari ini, bergantung kepada keadaan anaknya.

Pada Sukan Olimpik London bulan lalu, atlet berusia 29 tahun itu gagal mara ke saingan akhir selepas sekadar memperoleh tempat ke-34 daripada 56 pesaing pada pusingan awal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Article by Fyna

Terima Kasih Kerana Telah Membaca Entri Ini.

1 Comment

  1. Wilma says:

    Tahniah Nur Suryani & hubby di atas kelahiran anak pertama kalian :-)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *