GAMBAR ALLY ISKANDAR DAN FARAH LEE DI COVER MINGGUAN WANITA | GAMBAR ALLY ISKANDAR DAN FARAH LEE | ALLY ISKANDAR DAN FARAH LEE
SUMBER : cthoney
Sama cantik, sama padankan. Bagai pinang dibelah dua. Suka tengok pasangan Ally Iskandar dan Farah Lee ini.
Dengan cabaran hubungan jarak jauh, Ally Iskandar Mirdza Mohd Radzi dan Nurfarahin kedua pasangan ini tetap utuh dengan prinsip serta tatacara yang menjadi amalan mereka. “Alhamdulillah, pejam celik pejam celik, perkahwinan kami sudah masuk bulan yang kelapan. Sebenarnya, memang banyak yang perlu dipelajari memandangkan hubungan kami berlangsung dengan cara yang istimewa.
Sebagai suami, dia bertanggungjawab sepenuhnya kepada isteri. Dialah pelindung, dialah penyelamat, dialah imam, dialah kekasih. Pendek kata, sebaik akad nikah diucapkan, terbeban satu amanah besar di bahunya malah boleh dikatakan tidak semua mampu menggalasnya dengan baik.
Malah proses perkenalan dan ijab kabul pun berlainan daripada yang saya jangkakan. Semuanya diatur keluarga dengan rapi. “Mengenali Farah membuatkan saya cuba mengenal diri sendiri. Kami saling belajar dan memahami antara satu sama lain. Walaupun saya seorang selebriti yang dikenali tetapi saya masih percaya kepada jodoh yang telah ditentukan Allah. Sebenar-benarnya, cinta selepas berkahwin lebih menarik daripada cinta tanpa ikatan. Indah dan penuh cabaran. Seperti saya dan isteri, boleh dikatakan kami jatuh cinta pada pandangan yang pertama,” ujar Ally.










sweetnya dorang2 ni, sakit gigi sebb sweet sangat – hehe, eh cik fyna-lama ta tego cik fyna di sini. hehe.