Fadhilat (Kelebihan) Berselawat Ke Atas Nabi Muhammad S.A.W

Jom Berselawat
Jom Berselawat

Fadhilat (Kelebihan) Berselawat Ke Atas Nabi Muhammad S.A.W | Perkataan Selawat atau Salawat ( Bahasa Arab: الصلوات‎ ) diambil dari perkataan solat ( Bahasa Arab: الصلاة‎ ), beerti doapujian.
Menurut istilah Kamus Bahasa Melayu, selawat ditakrifkan sebagai; “Doa kpd Tuhan supaya dilimpahkan rahmat atas Nabi Muhammad S.A.W.

Ibnu Kasir berkata dalam tafsirnya: Telah berkata Al-Bukhari: Telah berkata Abu `Aliyah:

Salawat Allah subhanahu wata`ala ialah pujian-Nya di sisi para Malaikat.
Dan Salawat Malaikat ialah doa.
Dan Salawat orang Mukmin ialah memohon rahmat daripada Allah ke atas Nabi Muhammad S.A.W

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) ke atas Nabi (Muhammad S.A.W). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan. [Al-Ahzab: 56]

 

1. Mendapat syafaat Nabi Muhammad s.a.w.
Rujukan :

  • Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :

“Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, dia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. ”

Nasib kita di akhirat memang tidak pasti. Kalau dilihat pada diri kita umat akhir zaman yang banyak cacat cela dan kekurangan ini, rasa-rasanya kita adalah lebih layak untuk masuk neraka daripada masuk ke syurga. Oleh itu kita sangat memerlukan syafaat Nabi Muhammad untuk menolong kita di akhirat nanti.

Syafaat Nabi di akhirat nanti ada 5 jenis

i) Syafaat Nabi untuk membebaskan ummat manusia daripada kedahsyatan Padang Mahsyar.

ii) Syafaat Nabi untuk memasukkan suatu kaum ke dalam syurga tanpa hisab dan perhitungan apa pun.

iii) Syafaat kepada kaum setelah dihisab dan diputuskan untuk menerima hukumnya yang setimpal, agar dicabut hukuman itu.

iv) Syafaat mengeluarkan mereka yang berdosa, dari azab neraka.

v) Syafaat untuk menaikkan ke tingkat yang lebih tinggi di syurga.

2. Mendapat perlindungan dan pembelaan dari Nabi s.a.w. (dengan izin Allah jua)
Rujukan :

  • Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :

“Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh, maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya. ”

3. Mendapat keampunan dosa dari Allah.
Rujukan :

  • Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :

“Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh selawat dan Allah menghapus sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya. ” Rujukan :

  • Riwayat Ad-Dailami: Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :

“Barangsiapa berselawat kepadaku pada hari Jumaat dua ratus selawat, maka diampuni baginya dosa dua ratus tahun. ”

4. Diberi pahala dari Allah s.w.t.
Rujukan :

  • Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :

“Telah datang kepadaku utusan dari Tuhanku ‘Azzawajalla maka dia (Jibril) berkata: Barangsiapa yang mengucapkan selawat kepadaku dari ummatmu, Allah s. w. t. mencatat baginya sepuluh kebaikan dan menghapuskan darinya sepuluh dosa dan mengangkat Allah baginya sepuluh darjat dan menolak Allah atasnya (membalas) yang seumpamanya.”

5. Mendapat ketenangan jiwa
Rujukan :

  • Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :

“Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat (penghening jiwa dan penghapus dosa) bagimu.”

6. Mendapat rahmat dari Allah
Rujukan :

  • Riwayat Muslim; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :

“Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah menurunkan rahmat kepadanya sepuluh kali. ”

7. Mendapat hajat dunia dan akhirat.
Rujukan :

  • Riwayat Ibnu Majar dari Jarir r.a. ; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :

“Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah mendatangkan baginya seratus hajat, tujuh puluh untuk akhirat dan tiga puluh untuk dunia. ”

8. Digembirakan dengan syurga.
Rujukan :

  • Riwayat Abus Syaikh dari Anas r.a: Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :

“Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seribu kali, maka dia tidak akan matt sehingga dia digembirakan dengan syurga. ”

9. Menjadi orang yang terdekat kepada Nabi s.a.w. di akhirat nanti.
Rujukan :

  • Riwayat An-Nasai dan Ibnu Hibban; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :

“Sesungguhnya seutama-utama manusia (orang terdekat) dengan akupada hari kiamat adalah merekayang lebih banyak berselawat kepadaku”

SUMBER

1360 Total Views 1 Views Today

Related Post

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*