DOA MENGHILANGKAN PERASAAN MARAH
TIPS Â MENGHILANGKAN PERASAAN MARAH
Sebenarnya fyna nak cari tips untuk menghilangkan perasaan marah. (actually fyna tengah marah.) Dari cari tips lebih baik fyna cari ayat yang dapat tenangkan hati fyna. Kira doa pun salah satu tips dan terapi untuk diri sendiri kan. Tidak salah rasanya nak berkongsi-kongsi dengan blogger lain.

DOA MENGHILANGKAN PERASAAN MARAHÂ merupakan doa yang elok dan digalak untuk diamalkan. Lebih-lebih lagi bila syaitan menguasai diri. Dari lakukan perkara-perkara yang tidak elok. Lebih baik fikir yang elok-elokkan.
Doa tersebut sangat pendek. Dan tidak mustahil untuk kita ingat ayat tersebutkan. Insyaallah jiwa akan rasa tenang dan kemarahan tersebut akan beransur-ansur kurang. Â Tak mahu keluarkan perkataan-perkataan yang kasar.
Fyna sebenarnya banyak berdiam kalau emosi atau mood tengah marah. Kurangkan bercakap. Dan banyakkan berfikir. Mungkin salah sendirikan. Dengan cara tersebut fyna rasa lagi selamat. Makin kita banyak bersuara takut lebih menyakitkan hati atau perasaan orang lain. Secara tidak langsung mengeruhkan keadaan yang sedia ada.
Sama-samalah kita amalkan ayat tersebut kalau kita rasa emosi kita memberontak dan amarah menguasai diri kita.






