Doa Harian : Doa Selepas Wuduk

Doa Harian : Doa Selepas Wuduk | Doa harian untuk dikongsikan bersama-sama. Amin. Melalui pembacaan di gedung ilmu , selepas berwuduk, kita disunatkan untuk membaca doa selepas wuduk sambil mengadap kiblat. Doa selepas wuduk seperti di dalam gambar di bawah.

Doa Selepas Wuduk

Menurut gedung ilmu sesiapa yang membaca doa ini selepas mengambil wuduk maka akan terkeluar segala dosanya daripada segala anggotanya dan dicap pahala wuduknya dengan satu cap yang ia tidak akan mati dalam keadaan murtad. Maksudnya, ia akan mati dalam keadaan beriman, dan wuduknya akan diangkat ke langit dan air wuduk itu sentiasa bertasbih dan bertafakur serta dituliskan baginya pahala sehinggalah ke hari kiamat.

Makna Doa Selepas Wuduk

“Aku naik saksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Tuhan yang Esa tiada sekutu bagi-Nya, dan aku naik saksi bahawasanya Nabi Muhammad itu hamba dan pesuruh-Nya. Ya Allah jadikanlah daku daripada golongan yang bertaubat, jadikanlah daku daripada golongan yang bersih, jadikanlah daku daripada golongan hamba Engkau yang soleh.”

Subhanallah. Marilah kita semua umat Islam mengamalkannya.

6662 Total Views 4 Views Today

Related Post

4 Comments

  1. insyallah semoga ianya bermanfaat untuk mereka yang mungkin dah lupa atau baru nak belajar membaca doa selepas wudhuk.. kalau ada ruminya pun bagus jugak.. cuma sebutan dia harap betullah.. kan ..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*