Dapatkah Pelat Dipulihkan?

Pin It

Dapatkah Pelat Dipulihkan? | Menurut Dewan Bahasa, pelat bermaksud kurang betul mengucapkan kata-kata atau telor. [SUMBER].

Soalan:
Lidah saya boleh dikatakan tebal dan pendek.  Oleh kerana itu saya tidak dapat menggetarkan lidah yang mana ia sekali gus membuatkan saya menjadi pelat. Apakah ada penyelesaian untuk keadaan ini? Setiap hari saya berlatih untuk membuatkan lidah saya bergetar namun tiada sebarang kemajuan.
Terima kasih.

Riana, 16 tahun. 

Jawapan:

Hai Riana,
Sejak dulu lagi ramai yang beranggapan bahawa pelat adalah disebabkan oleh lidah yang pendek. Sebenarnya, tiada istilah lidah tebal dan pendek. Ini kerana panjang lidah untuk setiap orang tidaklah terlalu berbeza.

Pernahkah anda diperiksa oleh doktor berkaitan hal ini?

Sebenarnya bukan lidah yang pendek, tetapi kerana wujud perbezaan pada bahagian yang dinamakan ‘frenulum linguae’, yang menyebabkan gangguan untuk melafazkan suatu huruf atau lebih dikenali dengan istilah pelat.

‘Frenulum Linguae’ dapat dilihat apabila anda menggerakkan lidah ke atas. Ia kelihatan seperti tisu yang menghubungkan dasar mulut dengan lidah. Perbezaan panjang dan pendek ‘frenulum linguae’ inilah yang menyebabkan lidah sukar bergetar lalu menyukarkan seseorang menyebut huruf berkenaan.

Penyelesaian untuk hal ini ialah dengan menjalani terapi pertuturan (speech therapy) dengan syarat, memang tiada kelainanatau gangguan kesihatan lain yang boleh menyebabkan keadaan yang anda hadapi ini.

Terapi ini merangkumi pergerakan nafas atau penyebutan huruf tertentu yang sukar bila dilakukan tanpa bantuan pakar kerana melibatkan koordinasi lidah dan bahagian lain di rongga mulut. Justeru, saya sarankan anda supaya mendapatkan nasihat pakar terapi pertuturan berhampiran anda.

Semoga jawapan ini dapat membantu anda.

SUMBER

1802 Total Views 2 Views Today

28 Comments on Dapatkah Pelat Dipulihkan?

  1. serius slame ni mati2 ingat mmg wujud lidah org yg oanjang n pendek…hoho
    tp rasa nya nadot mmg lidah ala2 pendek sebab bile jelir tak leh kuar sangat….heheh

  2. Ahaha.. aku pernah post cerita pasal aku pelat waktu sekolah rendah dulu.. Hilang sendiri mengikut arus masa seperti selipar yang hilang dibawa arus sungai.

    Hihihi

  3. Lidah pendek bukan penyebab pelat tapi gaya percakapan tu yg lain..
    Tp takpe, klau anak2 pelat bila umo meningkat pelat tu akan hilang 😀

  4. masa kecik2 pelat r… tapi ,tak teruk sangat lah… praktis2 banyak kali sebut perkataan yang ada huruf r, .. lama2 sekarang dah ok…

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*