Cuti Tahun Baru Cina 2014

Pin It

Tahun Baru Cina 2014

Cuti Tahun Baru Cina 2014Tahun Baru Cina 2014 merupakan entri yang sentiasa menjadi Top Keyword untuk BlogFyna. Mungkin mudah untuk merancang cuti dan urusan-urusan lain.

Tarikh Cuti Tahun Baru Cina 2014 : 31 Januari 2014 (Jumaat)

Cuti Tahun Baru Cina 2014

Jadi admin ingin kongsikan serba sedikit berkaitan dengan Perayaan Tahun Baru Cina. Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi sepert idaging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wangang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.

205 Total Views 4 Views Today
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 thoughts on “Cuti Tahun Baru Cina 2014

  1. Yam chaa!!! heheheh makan besat makan besat…

    tapi kat Malaysia ni semua perayaan dah menjadi dominasi semua bangsa,

    ada bangsa lain sambut Perayaan lain sampai jadi confuse dibuat mereka ni…

    Bangsa lain yang menyambut bangsa ini pula yang beriya…

  2. Syahira

    Besnye Tahun Baru Cina
    boleh ziarahi rumah rumah cina dan minta angpau huhuhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>