Cempedak Goreng Tepung Tebal 5 Inci

Cempedak Goreng
Cempedak Goreng

Entri ini bukan hendak menunjukkan  rasa tidak bersyukur atau mengeluh di bulan ramadhan ini tetapi luahan hati. Tetapi ini peringatan untuk diri sendiri dan berjaga-jaga ketika membeli juadah berbuka.

Cempedak Goreng Tepung Tebal 5 Inci? Pernah dengar tak? Ini merupakan juadah yang admin beli ketika di bazaar ramadhan baru-baru ini. Ada ceritanya.

Kawan Admin : Waaaa.. Siap tulis ” Hot Menu Cempedak Goreng ” . Kena cuba ini.
Admin : Kan.. Kan.. Tempat lain rasa macam takde pula.

Parking kereta dan singgah stall tersebut.

Admin : Akak, tebal tak isi cempedak ini?
Peniaga : Tebal dek. Memamg puas hati kalau makan.
Admin : Bukan tebal tepung?
Peniaga : Taklah. Isi cempedak itu yang tebal.
Admin : Akak yang masak ke?
Peniaga : Ha’a. Baru je. Masih panas lagi cempedak itu.
Admin : Hurm. Kasi 2 ringgit ye.
Kawan Admin : Saya nak seringgit je.

Masa berbuka puasa. (Selepas baca doa berbuka dan doa makan)

Admin : (Ambil cempedak goreng dan makan penuh keyakinan)
Mak Admin : Sedap cempedak goreng itu?
Admin : Sedaplah sangat. Kak Ngah rasa nak letak nama baru untuk cempedak goreng ini.
Mak Admin : Nama baru? Kenapa pula?
Admin : Nak letak nama Cempedak Goreng Tepung Tebal 5 Inci. Cuba mak rasa.
Mak Admin : Hahahaha. Patutlah. Memang tebal betul tepungnya. Dah macam tepung cucur udang je.
Admin : Blacklist kedai akak itu lepas ini.

 

Resepi Cempedak Goreng Tepung
>> Resepi Dari Blog  Che Mat Gebu <<

Resepi Cempedak Goreng
Resepi Cempedak Goreng
BAHAN-BAHANNYA 🙂
1 biji cempedak (kurang lebih 35 ulas isinya)
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
2 cawan air + lebih sedikit kalau bancuhan pekat sangat
1 biji telur, dipukul sedikit
Garam secukup rasa
Sedikit pewarna kuning makanan (optional)

CARA MEMBUATNYA 🙂

  1. Satukan tepung tadi, kacau rata dan masukkan telur. Gaul rata dan tuang air (2 cawan) sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga menjadi bancuhan yang licin, jika terlalu pekat boleh tambah sedikit air (jangan cair sangat, nanti tak melekat pada isi cempedak).
  2. Perasakan dengan garam secukupnya dan masukkan perwarna kuning makanan. Kacau rata. Masukkan isi cempedak dan goreng terendam dalam minyak panas hingga kuning keemasa, angkat dan toskan. Letak atas 2-3 helai kitchen paper towel dan biar minyak terserap. Boleh hidangkan.
CATATAN MAT GEBU :- Jangan goreng dalam kuantiti yang banyak untuk sekali goreng tapi kalau kuali atau bekas gorengan anda besar, tidak mengapa. Mat cuma goreng 10 – 12 ulas saja sekali goreng. Guna api sederana dan kacau selalu. Jumlah bancuhan tepung agak banyak sebab isi cempedak banyak, jadi anda pandai2 lah adjust mengikut kuantiti isi cempedak yang anda guna…

Moral of story : sepatutnya peniaga tersebut tidak lah menipu pelanggannya. Lagi pun peniaga itu sendiri yang masak.

4167 Total Views 9 Views Today

Related Post

60 Comments

  1. Macma2 kerenah peniaga sekarang..

    Kebarangkalian untuk peniaga tu dapat repeat cust atau cust setia susah la klau macam tu kan.

  2. aswadz : fyna dah blacklist kan kedai tue. niat kita nak tolong dia. tapi… huhuhuhu. kita yang terkena balik.

  3. hehe..adess..tu perkara biasa terjadi..
    xtau nak slhkan peniaga atau apa…
    tp kalau hrga tu berbaloi dgn apa yg kita dpt tu xpela jgk..
    tp lau x…aihh..sabo je la..mmg kene blcklist..huuuu

  4. dear azie : setuju. sebab teringin lah fyna beli hari tue tapi sangat mengecewakan. rasa fobia je nak beli kat kedai akak tue lagi.

  5. hahahahhahaha……aku pun kena tipu gak…
    ayam sekontot aku beli kena RM6!!
    Hati 3 keping potonng kecik2…RM2..huhuhuh

    Kuih Udang sama kes macam awak..tarak udang ..hehehe

  6. Mungkin bagi penjual tu dah cukup tebal. Kalau tebal macam awak kena ni mahu sebiji je larat makan ni. Muak kot kalau banyak tepung..

  7. Biasa juga terkena macam ni kat saya Fyna, nak2 time teringin sangat nak makan cempedak, dah terbayang akan kesedapan Cempedak goreng tup2 hurmmmmm, tepung je banyak isi nipis dan langsung tak ada rasa dan bau cempedak.

  8. adeh…pandai akak kedai tu ‘berbahasa’…rugi dah hilang sorang pembeli..

    takleh tgk lelama…anak tekak buat demo nanti…hahaha

  9. dear KSD : tuelah. niat kita baik kan untuk membeli dan tak nak bersangka buruk. kalau macam tue jangan salahkan pelanggan kalau jualan dia tak lakukan.

  10. lorrrr tipu pelanggan ni..
    esok pi je kat gerai dia habaq mcm tu..biar dia tau..hahaha
    tu yg k.el malas nak pi param..bukan depa iklas nak meniaga..nak untung ja

  11. macam2 peniaga ada kan?
    nak tahu kedai mana ok? minggu ni msih ramai org.. kalau kurang laku mesti x sedap.. heheheh

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*