photo 728x90.jpg
Create your own banner at mybannermaker.com!
Make your own banner at MyBannerMaker.com!

CAWAN TEH LADY GAGA DILELONG | HARGA CAWAN TEH LADY GAGA RM229729.00

If you liked this post, say thanks by sharing it
Share This

CAWAN TEH LADY GAGA DILELONG | HARGA CAWAN TEH LADY GAGA RM229729.00

TOKYO - Set cawan teh dan piring yang pernah digunakan sekali sahaja oleh penyanyi terkenal, Lady Gaga mendapat tawaran untuk dibeli pada harga 6,011,000 yen (RM229,729), menurut satu laman lelongan Jepun semalam.

Menurut penganjur, Yahoo! Jepun, lelongan di internet itu mendapat lebih 1,300 bidaan.

Ia berlangsung selama seminggu dan berakhir kelmarin.

Cawan tersebut pernah digunakan Lady Gaga, 26, pada satu sidang akhbar di Tokyo tiga bulan selepas tsunami melanda Jepun pada Mac tahun lalu.

Penyanyi itu memberitahu pemberita pada sidang akhbar itu bahawa dia akan melelong cawan tersebut yang mempunyai kesan gincunya.

Cawan tersebut turut mempunyai autograf Lady Gaga.

Hasil lelongan itu akan digunakan untuk membiayai artis muda Jepun yang berminat menyambung pelajaran ke Amerika Syarikat. – AFP

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Article by Fyna

Terima Kasih Kerana Telah Membaca Entri Ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *