Live Streaming MAMA Hong Kong 2014

Live Streaming MAMA In Hong Kong 2014

Pin It

Live Streaming MAMA In Hong Kong 2014 | Assalammualaikum dan salam sejahtera. Untuk peminat K-POP pasti tertunggu untuk anugerah Mnet Asian Music Awards atau lebih dikenali MAMA. Anugerah Mnet Asian Music Awards (MAMA) akan berlangsung secara langsung di AsiaWorld-Expo, Arena di Hong Kong pada 3 Disember 2014  jam 9.30 malam hingga 1.30 pagi secara PERCUMA di 8TV.

Live Streaming MAMA Hong Kong 2014

Link Live Streaming MAMA In Hong Kong 2014

Anugerah Muzik Asia Mnet (MAMA) adalah sebuah rancangan anugerah muzik utama yang diadakan oleh Mnet Media setiap tahun di Korea Selatan dan melibatkan penyertaan daripada beberapa pelakon dan penyanyi yang paling dikenali. Sebagai salah satu daripada acara yang paling penting bagi industri muzik Korea, majlis ini pernah dihadiri oleh barisan artis terkenal seperti Big Bang, 2NE1,TVXQ, Super Junior, 2PM, Busker Busker dan artis terkenal lain.

Live Streaming MAMA In Hong Kong 2014

Pada tahun 2009, nama anugerah ini ditukar daripada Festival Muzik KM Mnet (Mnet KM Music Festival) kepada Anugerah Muzik Asia Mnet (Mnet Asian Music Awards). Perubahan ini menandakan konsep dan cara baharu dalam memilih beberapa artis yang akan memenangi anugerah. MAMA tahun 2009 telah disiarkan secara langsung di China, Jepun, Hong Kong, Asia Tenggara dan Thailandmelalui Saluran V.

Pertama kalinya pada tahun 2010, anugerah ini diadakan di luar Korea Selatan. Untuk acara tahunan ke-12, anugerah itu telah diadakan di Venetian Macao Resort, Macao, China dan ditayangkan di pelbagai negara.

Untuk mengetahui maklumat dan kedudukan terkini, boleh layari MAMA In Hong Kong 2014 

Link Live Streaming MAMA In Hong Kong 2014

Read More

Ramalan Pemenang AJL 28 26 Januari 2014

Pemenang AJL 28 26 Januari 2014

Ramalan Pemenang AJL 28 26 Januari 2014 | Malam ini akan berlangsungnya AJL 28. Setiap lagu yang bertanding mempunyai kekuatan dan keistimewaannya tersendiri.

Beberapa lagu menepati ramalan menjadi pilihan juri seperti Kau Yang Terindah (Alyah), Kalau Aku Kaya (Awi Rafael & Altimet), Takkan Terpisah (Black), Ikut Rentakku (Jaclyn Victor), Bahagiamu Deritaku (Hafiz) dan Bosan (Stacy).

Enam buah lagu lain yang turut terpilih kepentas akhir final AJL 28 iaitu Sahabat (Najwa Latif, Sleeq & Shamkamarul), Tanda Tanya (Azlan & The Type Writer), Aku Pelat (Salam Musik), Hanya Aku (Hyper Act), In Love With You (Aizat & Noh) dan Penglipurlara (Hazama).

Agak-agak lagu mana yang akan memenangi AJL 28 kali ini?

Read More

Anugerah Skrin 2013 ( ASK 2013 )

Anugerah Skrin (ASK) 2013

Anugerah Skrin 2013 ( ASK 2013 ) | Anugerah paling berprestij anjuran TV3, Anugerah Skrin bakal kembali untuk memberi pengiktirafan kepada karyawan-karyawan seni tanah air pada bulan November ini.

Bagi menyemarakkan lagi debaran Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013), TV3 bakal menayangkan sebahagian telefilem yang tercalon ke ASK 2013 pada setiap hari Khamis jam 10.00 malam – 12.00 tengah malam mulai 3 Oktober 2013 hingga 21 November 2013.

Antaranya, Anak Lorong, Perempuan Itu Ibuku, Bedah Tong Gas Nak Raya, Sebelum Kiamat, Fatihah Untuk Abah, Aku Bukan Malaikat, Neraka Abah dan Di Bawah Langit Mu.

Saban tahun pastinya penggemar drama dan filem tempatan tertunggu-tunggu penganjuran Anugerah Skrin (ASK), yang diadakan bertujuan memartabatkan karya anak-anak seni di Malaysia.

Pada tahun ini, ASK 2013 akan diadakan pada 29 November depan bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam.

Kali ini, penganjur ASK 2013 telah mengadakan kelainan dengan memperkenalkan barisan finalis atau top 5 bagi setiap kategori yang dipertandingkan menerusi Debaran Anugerah Skrin.

Antara nama-nama besar yang tercalon ialah Lisa Surihani, Nora Danish, Datin Paduka Umie Aida, Adi Putra dan Shaheizy Sam.

Read More

Undian Anugerah Blockbuster 2 2013 15 Jun 2013

Anugerah Blockbuster 2013 15 Jun 2013 Di Johor
Anugerah Blockbuster 2013 15 Jun 2013 Di Johor

Undian Anugerah Blockbuster 2 2013 15 Jun 2013 Anugerah Blockbuster 2013 akan diadakan di Johor pada 15 Jun 2013 .

Malam anugerah yang bertemakan Hipster ini akan disiarkan di Astro Ria, Saluran 104 pada 15 Jun 2013 hari Sabtu.

Maklumat Lanjut Anugerah Blockbuster, Klik SINI

Undian Secara Online

Cara-cara mengundi melalui di laman web rasmi www.anugerahblockbuster.com.my

  1. Anda hendaklah mendaftar masuk menggunakan butang Facebook Login yang terdapat di bawah.
  2. Pilih kategori yang disenaraikan dan anda boleh mula mengundi.
  3. Pengundi hanya boleh mengundi sekali sehari bagi setiap pencalonan untuk setiap kategori
  4. Kedudukan undian laman web akan dipaparkan sepanjang tempoh pengundian

 

Untuk senarai pencalonan dan kategori boleh rujuk di SINI.

Undian fasa pertama mulai 15 April hingga 10 Mei. Manakala undian fasa kedua bermula 14 Mei hingga 15 Jun. 10 Undian tertinggi bagi setiap kategori akan layak untuk fasa ke dua undian.

Fasa pertama melibatkan undian daripada peminat melalui Akhbar Sinar Harian dan juga melalui laman web rasmi Anugerah Blockbuster 2 di www.anugerahblockbuster.com.my

Pengundi hendaklah mendaftar masuk menggunakan butang Facebook Login yang terdapat di laman web rasmi Anugerah Blockbuster.

Pengundi hanya boleh mengundi sekali sehari bagi setiap pencalonan bagi setiap kategori. Kedudukan undian laman web akn dipaparkan sepanjang tempoh pengundian.

Untuk undian fasa kedua pula, para peminat boleh menghantar undian melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dan melalui laman web rasmi Anugerah Blockbuster.

Read More

Senarai Pencalonan Dan Kategori Anugerah Blockbuster 2 15 Jun 2013

Anugerah Blockbuster 2013 15 Jun 2013 Di Johor
Anugerah Blockbuster 2013 15 Jun 2013 Di Johor

Senarai Pencalonan Dan Kategori Anugerah Blockbuster 2 15 Jun 2013 | Anugerah Blockbuster 2 (AB2), anjuran Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) kini kembali! Tahun ini juga, temanya adalah “Hipster”!

Terdapat 15 kategori anugerah yang dipertandingkan. Pemenang utama akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai dan trofi.

Rambut kelihatan cantik dan lembut. Cuba ini!!

Senarai pencalonan Anugerah Blockbuster 2 yang bakal berlangsung pada 15 Jun 2013 di Stadium Tertutup MBJB, Johor Bahru.

Berikut adalah 15 kategori yang dipertandingkan:

1. Anugerah Filem Terhebat

2. Anugerah Tuan Direktor Terhebat

3. Anugerah Direktor Baru Terhebat

4. Anugerah Filem Aksi Terhebat

5. Anugerah Filem Kelakar Terhebat

6. Anugerah Filem Takut Terhebat

7. Anugerah Drama Muzikal Terhebat

8. Anugerah Hero Terhebat

9. Anugerah Heroin Terhebat

10.Anugerah Watak Penjahat Terhebat

11.Anugerah Lagu Tema Terhebat

12.Anugerah Hero Baru terhebat

13.Anugerah Heroin Baru terhebat

14. Anugerah PFM

15. Anugerah Astro First Terhebat

 

Read More