Cara Mengatasi Cirit Birit Ketika Mengandung

Cara Mengatasi Cirit Birit Ketika Mengandung | Assalammualaikum dan salam sejahtera. Sebelum ini, admin pernah buat entri berkaitan dengan Petua Hilangkan Sakit Perut Dan Cirit Birit. Kali ini admin ingin kongsikan berkaitan dengan Cara Mengatasi Cirit Birit Ketika Mengandung. Antara topik yang penting dan perlu dititikberatkan untuk ibu dan anak.

Mana tahu admin pun mengalami masalah yang sama pada masa akan datang. Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan dan dijadikan panduan bersama-sama pada masa akan.

Cara Mengatasi Cirit Birit Ketika Mengandung

SUMBER : http://www.babycenter.com.my

SOALAN : Saya hamil dan mengalami sakit perut dan cirit-birit. Adakah ini akan membahayakan bayi saya?

JAWAPAN : Selagi anda sihat, badan anda mempunyai banyak kaedah pertahanan semula jadi yang dapat melindungi bayi anda. Walaupun anda mengalami cirit-birit dan muntah-muntah, kemungkinan besar ia tidak akan menjejaskan bayi anda. Namun begitu, kesihatan anda sendiri mungkin akan terjejas akibatnya. Lakukanlah perkara berikut sekiranya anda mengalami cirit-birit:

  • Banyakkan berehat kerana anda pasti akan keletihan.
  • Minum banyak air atau cecair yang jernih sebanyak mana yang boleh. Jika anda dapati sukar untuk mengekalkan cecair dalam badan, hiruplah sedikit demi sedikit menggunakan penyedut minuman. Jika anda berselera, cubalah jus dan sup juga.
  • Makanlah sebaik sahaja anda berselera kembali. Anda harus makan, walaupun sakit perut dan cirit-birit. Makan sedikit-sedikit tetapi kerap. Cubalah makan makanan yang kaya dengan karbohidrat seperti roti, kentang, pasta atau nasi. Elakkan daripada mengambil makanan yang berlemak atau pedas.
  • Cuba minum yogurt atau minuman yang mengandungi probiotik setiap hari untuk membantu memulihkan semula sistem pencernaan anda.
  • Ambillah sebanyak mana masa yang boleh untuk sembuh kembali.

Jika anda mengalami cirit-birit, jangan ambil ubat anti cirit-birit seperti Imodium semasa anda hamil. Lebih selamat jika anda mengambil garam nyahhidrat seperti Dioralyte. Jika anda tidak pasti samada satu-satu ubat itu selamat diambil semasa hamil, periksalah dahulu dengan doktor atau ahli farmasi. Anda juga boleh baca artikel kami mengenai ubat-ubatan tanpa preskripsi.

Hubungi doktor anda secepat mungkin jika:

  • anda sakit lebih daripada 48 jam;
  • anda ternyahhidrat dengan teruk;
  • anda mengalami demam.

Cara Mengatasi Cirit Birit

Tips kebersihan berikut akan membantu anda mengelak daripada menjangkitkan orang lain di rumah:

  • Cuci tangan anda sebersih-bersihnya selepas masuk ke tandas.
  • Sebelum anda menyediakan atau menghidang makanan, atau sebelum makan, pastikan anda mencuci tangan sebersih-bersihnya.
  • Pastikan tandas anda dibersihkan dengan cecair pencuci anti bakteria. Bersihkan juga pemegang pam, sinki, kepala paip, tombol pintu dan permukaan lain di bilik air dengan air panas dan cecair pencuci.
  • Pastikan tuala anda tidak dikongsi dengan ahli keluarga yang lain. Lebih baik jika setiap ahli keluarga menggunakan tuala yang berlainan.

Dengan mengikuti setiap tips kebersihan di atas, anda dapat melindungi diri daripada mendapat jangkitan yang sama pada masa hadapan. Dengan mencuci tangan sahaja pun anda dapat mengurangkan kemungkinan anda mendapat cirit-birit. Jangan lupa untuk mencuci tangan anda selepas berkebun atau menyentuh haiwan peliharaan.

3957 Total Views 3 Views Today

Related Post

9 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*