Cara Makan Ikut Sunnah Nabi Muhammad SAW

Cara Makan Ikut Sunnah Nabi Muhammad SAW

Cara Makan Ikut Sunnah Nabi Muhammad SAW | Assalammualaikum dan salam sejahtera. Bagaimanakah cara makan mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW? Tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit.

Tabiat pemakanan yang boleh diteladani ialah mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW. Jika dikaji, amalan pemakanan baginda amat bertepatan dengan al-Quran bermaksud:

“… makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan…” (Surah al-A’raf, ayat 31).

Amalan Pemakanan Ikut Sunnah Nabi Muhammad SAW

cara-makan-ikut-sunnah

Cara Makan Ikut Sunnah Nabi Muhammad SAW

cara-makan-ikut-sunnah-nabi-muhammad-saw

  1. Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.
  2. Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.
  3. Jangan sesekali tinggal makan malam.
  4. Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.

Nabi Muhammad SAW pernah mencegah kita makan ikan bersama susu kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.

Al-Quran juga mengajarkan kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan-amalan lain seperti:

1. Mandi pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk.

2. Nabi Muhammad SAW mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur. Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan)

SUMBER : http://www.islamituindah.my | http://blogfyna.com

1970 Total Views 2 Views Today

Related Post

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*