Cara Kira Dividen Amanah Saham Bumiputera ASB Dengan Mudah

Cara Kira Dividen Amanah Saham Bumiputera ASB Dengan Mudah

Cara Kira Dividen Amanah Saham Bumiputera ASB Dengan Mudah | Assalammualaikum dan salam sejahtera. Bagaimana cara untuk membuat kiraan dividen tersebut? Admin pun hendak juga belajar untuk membuat kiraan tersebut. Sekiranya kita membuat penyimpanan, insyaallah dapat memudahkan urusan kewangan kita. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

Disini admin ingin kongsikan beberapa sumber bagaimana untuk membuat kiraan dividen ASB yang boleh dijadikan rujukan. Sama-sama kita belajar. Seandainya admin salah, tolong betulkan ya.

Dividen Dan Bonus ASB 2014

Cara Kira Dividen Amanah Saham Bumiputera ASB Dengan Mudah

SUMBER : http://www.cikguemas.com

Cara Kira Dividen Amanah Saham Bumiputera ASB Dengan Mudah

Bagaimana mengira dividen dan bonus ASB?

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Baru-baru ini saya menghantar satu email kepada pihak ASNB untuk bertanyakan bagaimana dividen & bonus ASB dikira. Berikut adalah jawapannya:

Tuan/Puan,

Kami dengan hormatnya merujuk kepada emel tuan/puan mengenai perkara di atas.

Untuk makluman, pengagihan pendapatan dan bonus (jika ada) akan dibayar melalui pelaburan semula ke dalam akaun ASB pada 1 Jan setiap tahun. Berikut adalah disertakan cara pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus ASB untuk makluman tuan/puan:-

(a) Pengagihan Pendapatan 

Pengiraan pengagihan pendapatan adalah berdasarkan kepada baki terendah pada setiap bulan untuk jangkamasa 12 bulan ataupun setahun. Untuk mendapat pengagihan pendapatan penuh pada bulan tersebut, pelaburan tambahan mestilah dilakukan pada 01 haribulan pada bulan tersebut dan dikekalkan sehingga hujung bulan. Sekiranya pelaburan tambahan dilakukan selepas tarikh tersebut, perolehan pengagihan pendapatan hanya akan dikira untuk bulan ke hadapannya.

Contoh pengiraan pengagihan pendapatan bagi tahun berakhir 2011:-

Jumlah *BMB dari bulan Januari 2011  hingga Disember 2011     x KADAR

12 Bulan

  • BMB adalah Baki Minimum Bulanan dan merujuk kepada baki yang terendah di antara 1hb hingga hujung bulan bagi setiap bulan
  • Baki minimum bagi setiap bulan akan ditentukan terlebih dahulu mulai Januari, 2011 sehingga Disember, 2011 (12 bulan).
  • Baki-baki minimum tersebut akan dicampurkan kesemuanya dan dibahagi dengan 12 (jumlah bulan dalam setahun) bagi mendapatkan purata baki minimum tahunan.
  • Purata baki minimum tahunan yang diperolehi akan didarabkan dengan kadar pengagihan pendapatan yang diisytiharkan.

(b) Bonus

Pengiraan bonus pula adalah berdasarkan kepada purata baki terendah bulanan untuk jangkamasa 10 tahun ataupun 120 bulan terdahulu.

Contoh pengiraan bonus bagi tahun berakhir 2011 :-

Jumlah *BMB dari bulan Januari 2002 hingga Disember 2011    X   KADAR

120 Bulan

  • BMB adalah Baki Minimun Bulanan dan merujuk kepada baki yang terendah di antara 1hb hingga hujung bulan bagi setiap bulan
  • Baki minimum bulanan selama 10 tahun bermula dari Januari 2002 hingga Disember 2011 (120 bulan)  dicampurkan kesemuanya dan dibahagikan dengan 120 bagi mendapatkan purata baki minimum untuk tempoh 10 tahun.
  • Purata baki minimum 10 tahun yang diperolehi didarabkan dengan kadar bonus yang diisytiharkan.

Sekiranya tuan/puan memerlukan sebarang maklumat atau penerangan lanjut, sila hubungi kami di 03-2057 3000/2057 3111 atau layari laman web kami di www.asnb.com.my .

Sekian, terima kasih.

Amanah Saham Nasional Berhad

201-A Jalan Tun Razak

50400 Kuala Lumpur

Tel : 03-2057 3000 / 2057 3111

Fax: 03-20505220

Untuk rujukan lain, boleh rujuk dipautan yang admin sediakan di bawah.

SUMBER : https://blogsahambaru.wordpress.com

SUMBER : http://daddydee.net

SUMBER : http://www.zulaeriazz.my

SUMBER : http://isteamaywa2.blogspot.com

4437 Total Views 2 Views Today

Related Post

14 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*