Cara Cabut Bulu Ayam Dengan Mudah

Cara Cabut Bulu Ayam Dengan Mudah | Assalammualaikum dan salam sejahtera. Siapa pernah ada pengalaman mencabut bulu ayam? Atau beli ayam yang sudah siap diproses? Kalau sebelum ini admin pernah mencabut bulu ayam kampung terutama sekali untuk dibuat rendang ketika Hari Raya. Ayah admin turut ajar cara yang sama seperti dibawah.

Cara Cabut Bulu Ayam

SUMBER : http://rasa.karangkraf.com

Ayam kampung enak dimasak dengan pelbagai gaya masakan. Sesekali apabila pulang ke kampung, pasti ada diantara anda yang tidak melepaskan peluang untuk menikmati hidangan ayam kampung ini. Bagi yang sudah biasa, proses mencabut bulu ayam boleh dianggap senang, namun bgai yang belum pernah mencuba, pasti berasa agak susah. Mudah sahaja kalau kena dengan caranya. Anda hanya perlukan:

BAHAN-BAHAN:

  • Ayam yang telah siap disembelih dan dibuang perut
  • Besen besar
  • Air panas secukupnya

CARA-CARA:

1. Bersihkan ayam dari kesan darah dan kotoran. Masukkan ke dalam besen.
2. Masukkan air panas sehingga meneggelamkan ayam. Biarkan terendam selama 20 minit.
3. Tarik bulu ayam hingga semuanya tanggal dan bersih. Jika ada bulu halus yang susah dicabut, layurkan seketika di atas api.
4. Ayam sedia dimasak mengikut citarasa anda.

3947 Total Views 2 Views Today

Related Post

12 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*