Cara Buat Air Nabeez

Cara Buat Air Nabeez | Cara untuk membuat Air Nabeez sangat mudah. Di sini admin kongsikan penyediaan Air Nabeez tersebut.

Untuk mengetahui khasiat Air Nabeez, boleh klik pada pautan : Khasiat Air Nabeez Untuk Kesihatan.

Khasiat Air Nabeez Untuk Kesihatan

Cara Buat Air Nabeez

Kurma atau kismis direndam dalam air masak semalaman (di dalam bekas  yang bertutup) untuk kemudian diminum keesokkan paginya.

Air Nabeez Kurma

Membuat air nabeez dengan bahan kurma :

1. Ambil beberapa butir buah kurma (disyorkan dalam jumlah ganjil).
2. Rendam dalam segelas air masak selama 12 jam.
3. Tutuplah gelas tersebut dengan tutup gelas ataupun plastik.
4. Jika anda membuat air nabeez pada petang atau menjelang malam, maka anda baru boleh meminum nabeez keesokan harinya. Buah kurma yang lembut kerana direndam semalaman, dapat dimakan seperti biasa.

Air Nabeez Kismis
Membuat air nabeez dari kismis :

1. Ambil segenggam buah kismis.
2. Rendam dalam 1 gelas air masak.
3. Rendamkan selama 12 jam.
4. Air Nabeez baru dapat diminum setelah 8 – 12 proses perendaman.

Larangan ketika membuat Air Nabeez

  1. Tidak boleh menggunakan dua bahan (kurma dan kismis) sekaligus dalam membuat nabeez. Maksudnya jangan diletakkan dalam satu bekas yang sama.
  2. Jika air nabeez disimpan di dalam peti ais, boleh bertahan sehingga 2 hari.
  3. Jangan meminum air rendaman kurma (nabeez) yang memasuki lebih dari 3 hari, kerana sudah memasuki masa fermentasi yang boleh menjadikan air rendaman kurma atau kismis tersebut menjadi arak yang hukumnya haram untuk diminum.

SUMBER : https://inkesehatan.blogspot.my

1544 Total Views 2 Views Today

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*