Bila Cinta Direstu Hati Pun Bersatu

bila cinta direstu
gambar hiasan

Cinta itu buta ? itulah yang sering kita dengar dan baca. Dari falsafah bawa ke peribahasa, dari syair pujangga sampai ke lirik lagu moden zaman sekarang. Ayat ayat orang tengah hangat bercinta juga memang ada terselit cinta itu buta. Kenapa cinta itu buta ? atau sememangnya empunya badan yang buta?

Kenapa Cinta Itu Buta ? Jawapannya mudah sahaja , Kerana bila dia tidur dia tidak lena ,mandi habis air sekolam pun masih rasa tidak basah, Makan berpinggan-pinggan tetap tidak kenyang, hidup yang macam layang-layang, siang malam gila bayang asyik terkenang-kenang dan bila nasihat orang tua dikatakan penghalang. Banyak lagi ciri-ciri cinta buta ni..

Firman Allah yang bermaksud : “Maka tidak pernahkah kamu berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya, bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada.” (Surah al-Hajj : 46)

Namun ramai yang terlupa, cinta juga perlu restu. Bukan sekadar rasa yang membuak antara dua jiwa. Kekadang lebih nafsu dari ikhlas sahaja. Apa lagi bila ada niat untuk membawa cinta kepada ikatan yang lebih tinggi, alam perkahwinan. Disini lah restu itu perlu.

Untuk berkahwin, restu ibu bapa sangat diperlukan.Kenapa? Kita sangat perlu kepada redha atau restu ibu bapa dalam semua perkara termasuk dalam membina rumah tangga. Redha ibu bapa amat penting kerana ia membekalkan kita keyakinan untuk melangkah ke alam perkahwinan. Dan untuk mendapat redha ibu bapa, kita perlu menjaga hati dan perasaan mereka. alam perkahwinan tanpa doa, restu atau redha ibu bapa, maka di hati kecil kita tidak akan ada keyakinan untuk menempuh alam yang baru itu. Perkahwinan merupakan satu proses untuk menyempurnakan agama. Jadi sekiranya kita tidak mendapat restu mereka, adakah sempurna agama kita jika sesuatu perkahwinan itu tidak mendapat redha ibu bapa? Dan jika ibu bapa tidak redha, adakah Allah meredhai anak itu?

bila cinta direstu
gambar hiasan

Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta semata-mata umumnya tidak akan kekal lama. Kalau berkahwin semata-mata kerana cinta, cinta boleh luntur. Kalau disebabkan dorongan seksual, ia juga boleh berkurang. Kalau berkahwin kerana duit, ini juga mungkin satu hari tidak stabil. Begitu juga kalau sebab kecantikan, kecantikan akan pudar akhirnya.

 

Jika pun ada pun pendapat ibubapa tidak boleh memaksa anak berkahwin dengan pasangan yang tidak disukainya. Pada waktu yang sama anak juga tidak boleh memaksa ibubapa menerima menantu yang tidak disukai mereka. Ringkas kata, anak dan ibubapa tidak boleh saling memaksa dalam persoalan ini. Sebaliknya perlu sama-sama suka dan redha. Jadi bawalah berbincang, semoga bila cinta direstu hati pun bersatu.

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.[ar-Rum 30:21]

2108 Total Views 2 Views Today

Related Post

5 Comments

  1. Yup..yaya selalu dgr org kata cinta itu buta..buta sbb kita tak kisah dia buat pape kita tetap terima..contohnya dia lukakan hati kita tapi kita still syg dia..sbb tu buta.. Huhu.. Bg yaya, yaya suka percintaan y unik..lain dr y lain dan jarang dibuat org..ngeee..

    Restu..paling penting..restu Allah dan restu ibu bapa..itu buat bahagia..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*