Berniaga Di Bulan Ramadhan

Pin It

Bazar Ramadhan
JADUAL PUASA SUNAT DAN WAJIB TAHUN 2013

Kejap saja dah nak masuk bulan Ramadhan. Bila puasa, kita akan teringat solat tarawikh. Selain itu bazar ramadhan. Meriahnya bazar dengan makanan-makanan. Bila kita berpuasa, nafsu untuk kita membeli makanan membuak-buak. Padahal tak makan pun. Membazir je.

Nak beli ayam goreng lah, ayam percik lah, laksa lah. Pergghh… Rindu saat itu.

Mohon Jasa Baik Kawan-kawan, Untuk LIKE Fan Page Kami Sayang Ibu Ayah ( KASIH )

Bulan mulia Ramadhan bukan saja sekadar membawa peluang ganjaran akhirat tetapi bulan ini juga memberi peluang luas kepada ramai peniaga Islam dalam industri makanan yang kecil-kecilan dan juga membuka jalan untuk kewujudan bakal usahawan baru dalam industri makanan khasnya untuk kegunaan umat Islam.

Perniagaan di bulan Ramadhan bagi yang pertama kali berkecimpung ke alam perniagaan seperti mengorak langkah pertama untuk satu perjalannan yang masih jauh lagi. Sudah pasti perjalanan jauh itu tidak akan tercapai penghujungnya, selagi kita belum mengorak langkah yang pertama.

Ada tak antara kalangan rakan blogger pernah berniaga di bulan Ramadhan? Yang ada pengalaman boleh lah ceritakan. Dan tahun ini pun berniaga juga ke? Lokasi di mana?

Sekarang berniaga online pun sudah semakin berkembangkan. Jual tudung online. Jual kuih raya online. Kasut online pun sudah ada. Rezeki sangat melimpah pada Bulan Ramadhan.

Tidak sabar rasanya hendak bertemu Bulan Ramadhan.

 

4006 Total Views 5 Views Today

Related Post

80 Comments on Berniaga Di Bulan Ramadhan

  1. dear nadia : bestkan. bertuah orang yang berniaga sebab memberi makanan ke orang yang berpuasa. walaupun kita membelikan.

  2. thn ni chii x dpt nk bntu mak niaga utk bulan puasa spt tahun2 yg sudah…yg bezanya..kami berniaga di tapak yg sama kami berniaga nasi lemak pagi2..alhamdulillah..bg yg da mengenali kitorang…diorang just dtg ke gerai chii je utk beli kuih2…kalau nk cari mcm murtabak..baru kena rajin ke bazaar plak…heheh..

    menu yg sering menjadi pilihan..murtabak 😀

  3. abg HH : rezeki bulan ramadhan tue. abg niaga makanan apa? waaa… kat mana lokasinya?

    *tanya macam wartawan lak.. hehehe ^_^ *

  4. semoga kita semua sempat berada di bulan ramadhan tahun ni…insya allah…

    hehe…yg pasal meniaga tu diharapkan peniaga2 tak mengambil kesempatan…mentang2 la org2 yg puasa ni nafsu membeli tak terkawal, jgn lah pulak jual makanan yg tak berkualiti….nak meniaga pun seeloknya biar berkat….

  5. dear fieza : fyna pun jarang. kalau pergi kang, nanti semua nak beli. semoga para peniaga ikhlas dan jujur ketika berniaga.

  6. tahun lepas start balik buat biskut raya . tahun nie pon Insyaallah buat ! sekarang dah start buat sample biskut sikit-sikit . sapa duk sekitar kemaman , bolehlah rasa free sampel .. hehe . gerai jualan lauk-pauk berbuka puasa akan buat tahun nie . harap-harap berjaya .. Amin !

    p/s: Fyna kalau datang kat Kemaman , marilah singgah ke kedai kami kat kemaman 🙂

  7. jarang pergi pasar ramadhan. tapi tak dinafikan bulan puasa ni mmg ramai yg cari duit. tapi, cari duit, cari juga, jgn lupa yg lain..

    lagi satu, peniaga2 perlu ingat, cari duit juga, tapi kualiti barang niaga jgn dilupakan.. nak2 bulan puasa ni

  8. Bulan Ramadhan bulan yg mulia… Bulan untuk kita mendapat ganjaran dan peluang berganda di dunia dan akhirat bagi mereka yang mahu dan tahu menghargainya.

  9. dulu mak buat bisnes jahit baju, tapi takdelah sampai online2 ni, dulu mana ada internet. tapi sekarang zida insyaALLAH ada buat bisnes barang2 dari Mesir + coklat raya. kalau nak boleh tempah, hehehe 😀

    Allahumma balighna Ramadhan :’)

  10. kikie : kita berfikiran positif kan. Allah hendak menduga umatnya. semoga tabah dan sentiasa berhati-hati dimasa hadapan. nak buk butik? baguslah. semoga dipermudahkan.

  11. Pengalaman nak berniaga ditapak bazar depan Houz TAR/Medan Mara/Pertama Kompleks

    kami sekeluarga ditipu bulat2x… pada awalnya sumber menunjukan lokasi kemudian sebut harga 3k

    keluarga suka berniaga apa lagi oleh kerana percaya sebab sumber adalah kawan kepada ME yang dah berumur, maka macam mustahil lah dya nak wat perkara keji kan…

    ME berasal kesal kenal kan dengan keluarga… Kata keluarga 3k anggap sahaja sedekah, sumber menipu urusan dya dengan Allah SWT esok…

    In Syaa Allah one fine day ME nak buka butik pakaian fashion Adam Hawa.

  12. 2 3 bulan ini sales saya banyak meningkat, especially kain-kain untuk dibuat baju raya. Mungkin ini adalah penangan bulan Ramadhan… syukur Alhamdulilah..

  13. seronok rasanya nak ramadhan, selain untuk beribadat boleh merasai keseronokkan di bazaar ramadhan yang macam2 punya orang, baik peniaga mahupun pembeli.. 🙂

  14. Bulan pose ni deme kate bulan ,makan sebenonye….
    mane idaknye….. bazar ramadan…segale jenih juadah ade……
    kome keluo duit je…..

  15. mak k.el mmg lau tiap kali bln pose sure meniaga
    meniaga lauk..mmg best time ni lah rmi yg amek peluang tuk menambah duit poket
    untungnya berlipat2 kali ganda

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*