Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia 2015

Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia 2015 | Assalammualaikum dan salam sejahtera. Seperti yang diketahui Bantuan khas awal persekolahan 1Malaysia sebanyak RM100 sudah mula diagihkan untuk setiap pelajar. Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan beban ibu bapa terutama mangsa banjir baru-baru ini.

Takwim Sekolah 2015 Dan Kalendar Cuti Sekolah 2015

Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia

SUMBER : http://www.bharian.com.my

KOTA BHARU: Bantuan khas awal persekolahan 1Malaysia sebanyak RM100 mula diagihkan kepada setiap pelajar hari ini dan ibu bapa boleh menuntutnya dari sekolah anak mereka, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di pejabat menteri besar di Kompleks Kota Darulnaim di sini, sebentar tadi.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, seramai 5.6 juta pelajar akan menerima wang bantuan berkenaan dengan peruntukan sebanyak RM560 juta.

“Kami telah bagi waran kepada setiap negeri, maka pengarah (pendidikan) negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan diberi peruntukan mengikut bilangan pelajar,” katanya.

Turut hadir, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Banjir Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Muhyiddin berkata bagi sekolah yang tidak boleh digunakan berikutan terjejas akibat banjir, ibu bapa perlu ke sekolah berhampiran yang tidak terjejas banjir untuk menuntut wang bantuan berkenaan.

“Kalau libatkan sekolah yang ditenggelami air atau diduduki mangsa banjir dan masih belum dibuka, pembayaran akan dibuat di sekolah yang tidak ada masalah.

“Kita akan guna dewan mereka (sekolah) dan ibu bapa boleh ke sekolah berhampiran (tidak terjejas banjir) untuk dapatkan wang dalam tempoh segera, arahan telah dikeluarkan,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri juga berkata pihaknya akan memastikan sesi persekolahan bagi tahun 2015 di Kelantan dapat dimulakan mengikut jadual yang ditetapkan.

“Kita dah ada pilihan di mana jika ada sekolah yang tidak boleh digunakan, pelajar akan pergi ke sekolah berhampiran iaitu menumpang, kalau tak ada tempat tangguh untuk sedikit waktu dan ia hanya bagi kes-kes tertentu.

“Sebanyak 90 sekolah di Kelantan terjejas banjir dan setakat ini 30 peratus daripadanya telah dibersihkan bagi memulakan sesi persekolahan baharu,” katanya.

Sesi persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor bermula 11 Januari manakala bagi negeri-negeri lain bermula 12 Januari. – BERNAMA

2387 Total Views 2 Views Today

Related Post

9 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*