Baju Pengantin 2014

Pin It

Baju Pengantin 2014 | Baju Pengantin 2014. Tajuk yang tiada kaitan dengan Fyna tetapi menjadi keyword pilihan di blog ini. Terdetik hati untuk buat entri ini.

Baju Pengantin 2014

Selamat pengantin baru
Selamat berbahagia
Selamat ke anak cucu
Selamat sejahtera

Semoga berpanjangan
Semoga berkekalan
Semoga satu tujuan
Semoga aman

Hidup mestilah kukuh
Sabar paling perlu
Cinta setiap hari
Senyum mesti selalu
oooo….

Tiba-tiba ada lagu pengantin pula kan.

Masih lagi tercari-cari baju penganti? Sekarang ini memang banyak pilihan dan fesyen terkini baju pengantin. Memang rambang mata bila melihat banyak pilihan di butik pengantin. Yang penting baju pengantin tersebut hendaklah bersesuaian dengan mempelai.

Para pengantin mesti tercari-cari hendak memilih tema warna apa kan. Fesyen apa yang sesuai. Macam-macam yang menjadi persoalan. Memang banyak persiapan yang perlu difikirkan dan perlu dirancang dengan lebih awal supaya tidak menimbulkan masalah di kemudian hari dan  hari penuh bermakna itu nanti.

Fyna merajinkan diri juga mencari informasi berkaitan dengan baju pengantin. Fyna ada baca berkaitan dengan  trend baju pengantin terkini 2014 di lawan sesawang wanista.com berkaitan dengan baju pengantin terkini.

Fesyen jumpsuit atau lebih dikenali onesie menjadi pilihan terkini. Macam mana rupanya jumpsuit itu? Bunyi macam pelik kan. Fyna ada selitkan sedikit artikel dari wanista.com.

Seperti berikut :

“Pada masa kini, pengantin wanita pula lebih berani tampil dengan gaya lebih kontemporari dan unik contohnya menggayakan busana perkahwinan pelbagai warna dan stail lebih santai.

Terkini, pereka fesyen telah mula mengenengahkan fesyen jumpsuit atau onesie sebagai busana perkahwinan moden yang kini amat digemari oleh para pelakon gred A di Hollywood.”

Contoh baju pengantin jumpsuit tersebut seperti di bawah ;

Jumpsuit Baju Pengantin 2014

Nampak gayanya Fyna lebih suka busana perkahwinan tradisional yang nampak lebih anggun dan menyerlahkan seri ratu sehari. Lagi manis dan sedap mata untuk memandangkan.

Baju Pengantin Perempuan 2014Mungkin yang sukakan fesyen moden berani untuk mengenakan busana terkini jumpsuit tersebut. Selain dari busana tradisional, ada juga pengantin suka mengenakan gaun perkahwinan yang kelihatan lebih moden dan lebih kontemporari.

Pendek kata, buatlah pilihan baju pengantin yang terbaik untuk hari yang penuh bermakna tersebut.

Notakaki : Warna pink belacan pun lawa juga kan?

2658 Total Views 24 Views Today
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 thoughts on “Baju Pengantin 2014

  1. sekarang ni macam-macam rekaan baju pengantin kan..semuanya cantik cantik :)

    • tuelah kan dear. kadang2 tak taw nak pilih yang mane.

  2. Cantik koleksi baju-baju pengantin ni.

    • hehehe.. cantik-cantik kan. banyak pilihan. tinggal nak pilih je.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>