Aplikasi eKehadiran Online

Pin It
e-Kehadiran

eKehadiran

Aplikasi eKehadiran Online | Hari ini merupakan pertama kali admin menggunakan sistem eKehadiran ini. Agak kelam-kabut sebab terdapat banyak perkara yang perlu dititikberatkan pertama kali.

eKehadiran ini merupan sistem yang dibina bagi memudahkan pihak pengurusan tertinggi (PPD/JPN/KPM) agar dapat memantau statistik kehadiran murid seluruh Negara secara masa nyata (realtime).

Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) merupakan aplikasi yang berfokus kepada sistem satu pangkalan data tunggal bagi murid-murid di seluruh negara yang bertujuan untuk mengurangkan beban tugas guru. Aplikasi ini akan dapat mengelakkan guru-guru melakukan kemasukan data berulang kali dalam pelbagai sistem yang dibangunkan oleh pelbagai pihak di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Pangkalan data tunggal bagi murid ini akan digunasama oleh pelbagai sistem yang dibangunkan oleh pelbagai pihak di KPM pada masa akan datang. Menerusi APDM, terdapat pelbagai modul seperti eDaftar Rendah, eDaftar Menengah, eKehadiran dan Permohonan ke Sekolah Kawalan dan Sekolah Berasrama Penuh.

eKehadiran yang diperkenalkan akan menggunakan data murid yang terdapat dalam APDM dan pembantu tadbir yang dilantik akan mengunci masuk kehadiran murid setiap hari. Data kehadiran ini digunakan oleh Portal Dasboard PPD yang akan digunakan sepenuhnya mulai tahun 2013.

Laman Sesawang eKehadiran : http://sekolahmalaysia.com

Muat turun Pekeliling ‘Pelaksanaan Aplikasi Pangkalan Data Murid’ di SINI

Manual eKehadiran  boleh rujuk di SINI

Sekiranya ada masalah eKehadiran atau pertanyaan eKehadiran  boleh ruju di SINI

1086 Total Views 1 Views Today
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 thoughts on “Aplikasi eKehadiran Online

  1. Masa cuti, aku selalu buat kerja-kerja eKehadiran sekolah mak ayah aku. Gila tension kalau server dorang slow. huhuhu

    • thaqib : tahu xpe. ^_^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>