Apabila Cempedak Goreng Tepung Tebal 5 Inci

Apabila Cempedak Goreng Tepung Tebal 5 Inci | Assalammualaikum dan salam sejahtera. Sebenarnya admin hendak taip entri ini untuk blog personal Cerita Fyna tetapi atas beberapa sebab admin cerita dekat blog ini dahulu. Back to the topic “Puihh… Speaking gitu.”

Resepi Cempedak GorengApabila Cempedak Goreng Tepung Tebal 5 Inci? Betul. Pengalaman membeli cempedak goreng di bazar ramadhan tahun lepas. Disebabkan bau cempedak goreng itu menggoda, admin dengan yakin dan rakus membeli cempedak goreng tersebut. Dalam hati berkata ‘Kalau sedap cempedak goreng ini, confirm esok, lusa, tulat, minggu depan dan pendek kata sampai habis puasa i beli cempedak goreng kat kedai Mak Jemah (bukan nama sebenar) itu lagi’

Bila masa berbuka tiba, admin dengan gembiranya mengambil dan mengunyah cempedak goreng tersebut dengan girang hati. Al-maklumlah my favourite. Tetapi….. JENG.. JENG.. JENG..

Confirm i tak beli lagi cempedak goreng lepas ini kat kedai Mak Jemah. Sampai hati Mak Jemah mempermainkan perasaan i. Sobs… Sobs..

Sebab apa admin tidak mahu beli cempedak goreng Mak Jemah? Sebab tepungnya tebal 5 inci. Isinya nipis sahaja. Hancur luluh perasaan admin. Moral Of Story : Better masak sendiri. Sekian.

Cempedak GorengNota Kakiku : Siapa pernah mengalami pengalaman yang sama dengan admin?

RESEPI CEMPEDAK GORENG

SUMBER : http://www.kongsiresepi.com/read/3999/0/

Buah cempadak
5 sudu besar  tepung beras
2 sudu besar tepung
Sedikit garam
1 biji telor
Air
Sedikit Pewarna kuning @ serbuk kunyit

Cara-cara:
Campurkan semua bahan diatas dan bancuh air.. (bancuh lekat).

2893 Total Views 3 Views Today

Related Post

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*