Anugerah Skrin 2013 ( ASK 2013 )

Pin It

Anugerah Skrin (ASK) 2013

Anugerah Skrin 2013 ( ASK 2013 ) | Anugerah paling berprestij anjuran TV3, Anugerah Skrin bakal kembali untuk memberi pengiktirafan kepada karyawan-karyawan seni tanah air pada bulan November ini.

Bagi menyemarakkan lagi debaran Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013), TV3 bakal menayangkan sebahagian telefilem yang tercalon ke ASK 2013 pada setiap hari Khamis jam 10.00 malam – 12.00 tengah malam mulai 3 Oktober 2013 hingga 21 November 2013.

Antaranya, Anak Lorong, Perempuan Itu Ibuku, Bedah Tong Gas Nak Raya, Sebelum Kiamat, Fatihah Untuk Abah, Aku Bukan Malaikat, Neraka Abah dan Di Bawah Langit Mu.

Saban tahun pastinya penggemar drama dan filem tempatan tertunggu-tunggu penganjuran Anugerah Skrin (ASK), yang diadakan bertujuan memartabatkan karya anak-anak seni di Malaysia.

Pada tahun ini, ASK 2013 akan diadakan pada 29 November depan bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam.

Kali ini, penganjur ASK 2013 telah mengadakan kelainan dengan memperkenalkan barisan finalis atau top 5 bagi setiap kategori yang dipertandingkan menerusi Debaran Anugerah Skrin.

Antara nama-nama besar yang tercalon ialah Lisa Surihani, Nora Danish, Datin Paduka Umie Aida, Adi Putra dan Shaheizy Sam.

88 Total Views 1 Views Today
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>