Amalan Sunat Di Bulan Syaaban

Pin It
Amalan Sunat Di Bulan Syaaban
Sekejap sahaja kita sudah masuk bulan Syaaban. Tidak lama lagi kita akan berpuasa. Di sini admin ingin kongsikan bersama-sama informasi berkaitan dengan Amalan Sunat Di Bulan Syaaban.

Dari Aisyah r.a katanya:Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan.Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban.

Huraian Hadith:
1. Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.

2. Dari berbagai keterangan ini, yang dapat disimpulkan bagi pengertian bulan Syaaban itu ialah bulan Syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan.

3. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

4. Di antara amalan sunat yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :

i. Memperbanyakkan puasa sunat. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid.”
ii. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW : “Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit.” (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin)
iii. Bertaubativ. Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.
157 Total Views 2 Views Today
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

26 thoughts on “Amalan Sunat Di Bulan Syaaban

  1. bersama-sama kita beramal…

    • cahayaair : jom sama-sama kita amalkan.

  2. selalu kalah apabila nak cuba berpuasa selama sebulan di bulan syabaan

    • onlajer : takpe. ada masa lagi nak berpuasa ^_^

  3. semoga kita berjaya lebihkan amalan terutamanya puasa.

    • tuan DH : insyaAllah…

  4. dulu masa kanak2 puasa bulan syaaban melatih diri menghadapi ramadhan..

    • hafiz : memang sesuai untuk melatih diri. supaya tidak kekok ketika bulan ramadhan nanti.

  5. semoga kita sama2 mendapat rahmat Allah di bulan2 mulia ini… amin

    • dear UH : aminn…

  6. bulan untuk persediaan amal ibadah yang lebih khusus…

    • kakiblog : ha’a. at least kita dah siapkan diri awal-awal.

  7. Dah masuk Syaaban bermakna tak lama lagi kita berpuasa :)

    • azman : ha’a. kejap je masa berlalu. pejam celik, pejam celik. tak kurang dari sebulan kita berpuasa.

  8. lagi sebulan kita berpuasa
    insyaallah
    moga2 amalan kita diterima

    • tehr : insyaAllah. kejap je masa berlalu ^_^

  9. Emak saya rajin berpuasa di bulan syaaban..
    tapi saya.. aduhai.. kena tunggu bulan puasa, baru start gear berpuasa….

    • HH : yeke? hehehe… takpe. slow2. janji berpuasa taw.

  10. Bulan Sya’ban ni nak buat banyak puasa sunat..baru tau 3 hari awal bulan, 3 hari tengah bulan, 3 hari akhir bulan waktu afdal..In Shaa Allah nak amalkan :)

    • fuh : marilah kita sama-sama amalkan.

  11. jal

    syaaban dah masuk maknanya nak puasa dah dekat la tu, tak sabarnya…

    • jal : ha’a. kejap je. tinggal lagi berapa hari je ^_^

  12. hebat juga fyna nie huhu betul2 ank solehah “double thumbs up” – Salam Sya’aban dari sy :)

    • KZ : uiksss… takdelah. masih lagi belajar untuk menjadi anak yang solehah. insyaAllah. salam syaaban juga.

  13. Hehe..terima kasih kongsikan ilmu rohani pada saya yang jahil ni..

    • hafizul : sama-sama. fyna pun belajar juga. banyak lagi nak kena belajar. ^_^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>