Akademi Fantasia vs Akademi Whatsapp ?

Akademi Fantasia

Sekarang semua cerita tentang Akademi Fantasia 2014, tapi bukan semua orang minat dan jadi pengikut tegar. Tapi rasanya masih ramai yang menjadi pengikut perkembangan. Sekadar hiburan tapi jangan jadi dambaan.

Akademi Fantasia

Tapi bagi saya , ada lagi akademi yang lebih panas dan menghiburkan. Mungkin akademi ini tidaklah disiarkan secara langsung. Hanya ahli sahaja yang dapat menikmati suara artis blogger yang mantap-mantap dari telinga juri yang tak profesional.

Saja nak cerita tentang group whatsapp blogger yang tidak ramai tapi meriah. Bukan menyanyi sahaja, tapi macam-macam isu boleh dibincangkan termasuk hal-hal blog sampailah kepada harga ikan dipasar.

akademi whatsapp

Berbalik kepada Akademi Whatsapp tadi , ramai juga bakat-bakat kira bolehlah, nak kata perfect sangat nanti tak berhenti pula asyik menyanyi saja. Ada peminat k-pop , hindustan , dangdut dan macam-macam. Semua mereka itu blogger top-top tu. Nama di rahsiakan untuk mengelakkan privacy ditempat awam. Nanti ramai pula yang minta autograf. Poyoooo !!

Itulah sahabat blogger, kalau dah satu kepala semua jadi. Stress tak tahu nak update apa, merapu di whatsapp pasti dapat idea. paling penting berkongsi ilmu blogging. Fenomena terkini adalah BooM komen antara blog memasing. Jadi dapat membantu kemajuan antara satu sama lain.

TIPS JAGA SUARA AHLI AKADEMI WHATSAPP

1. Banyak meminum air suam atau air mineral.

2. Boleh juga selalu memakan makanan yang mengandungi kandungan air yang tinggi seperti buah-buahan. Antaranya epal, tembikai dan seumpamanya.

3. Elakkan meminum minuman berais dan bergas.

4. Elakkan atau mengurangkan pengambilan minuman yang berkafien seperti kopi dan teh.

5. Begitu juga dengan coklat.

1302 Total Views 2 Views Today

Related Post

5 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*