ADY PUTRA BERCERAI | PUNCA PENCERAIAN ADY PUTRA
Fyna baru berkesempatan untuk online. Dan fyna baca newspaper online. Fyna terbaca tajuk Ady Putra tak sangka kebahagiaan terlerai. Terkelu kejap.
Ini bukan cubaan tapi kenyataan. Punca penceraian AdyPputra pun bukan pasal anak. Sebab Ady Putra pun masih tiada anak. Bukan rezeki katanya.
KUALA LUMPUR: “Dalam setiap kebahagiaan pasti ada kedukaan dan saya tak jangka perkara ini (perceraian) akan berlaku dalam rumah tangga saya,” kata pelakon Ady Putra, 31, yang bercerai dengan isterinya, Aida Yusof.
Ketika dihubungi Harian Metro semalam, pelakon berasal dari Singapura itu mengesahkan dia sudah memfailkan permohonan untuk bercerai di Mahkamah Syariah, di sini, pada 11 Mei lalu. Menurut Ady, dia tidak mahu bercerita lanjut mengenai perceraiannya itu, tetapi apa yang pasti mereka tiada persefahaman. “Perpisahan ini bukan mengenai isu tak ada anak atau pun ada orang ketiga, tetapi berpunca daripada masalah dalaman suami isteri yang agak sukar untuk saya ceritakan kerana bimbang mengaibkan orang lain,” katanya. Ady berkata, dia dan Aida berpisah secara baik dan keputusan itu dibuat selepas pelbagai usaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka gagal.
“Ketika saya pergi mengerjakan umrah, baru-baru ini, saya mohon segala yang terbaik daripada Allah terutama kebahagiaan dalam rumah tangga, tetapi apakan daya saya kerana setakat ini saja jodoh kami,” katanya.















macam macam je dunia artis ni kan
cubaan…..
Agaknya itu yang terbaik buat mereka..