Adab Ketika Menyambut Hari Raya Aidilfitri

Adab Ketika Menyambut Hari Raya Aidilfitri | Assalammualaikum dan salam sejahtera. Sebelum ini, admin ada kongsikan artikel berkaitan Perkara Sunat Dilakukan Pagi Hari Raya Aidilfitri dan Perkara Larangan Ketika Hari Raya Aidilfitri, kali ini, admin ingin kongsikan artikel bertajuk Adab Ketika Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Berikut merupakan Adab Ketika Menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Adab Hari Raya Aidilfitri

Perkara Sunat Dilakukan Pagi Hari Raya Aidilfitri

Perkara Larangan Ketika Hari Raya Aidilfitri

Adab Ketika Menyambut Hari Raya Aidilfitri

1- Mandi Hari Raya

عَنْ مَالِك ، عَنْ نَافِعٍ ، أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ ” كَانَ يَغْتَسِلُ يَوْمَ الْفِطْرِ قَبْلَ أَنْ يَغْدُوَ إِلَى الْمُصَلَّى “

Imam Malik meriwayatkan daripada Nafi’, bahawa ‘Abdullah Ibn ‘Umar radiallahu ‘anhu akan mandi pada hari raya aidilfitri sebelum bertolak ke musolla (tanah lapang tempat solat hari raya). [al-Muwatta’, Kitab al-Eidain, hadis no: 426]

2- Makan Sebelum Pergi Solat Raya

عَنْ أَنَسٍ ، قَالَ : ” كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَغْدُو يَوْمَ الْفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ تَمَرَاتٍ “

‘Anas bin Malik radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam tidak bertolak keluar pada pagi hari raya Aidilfitri melainkan selepas baginda sallallahu ‘alaihi wassalam sudah memakan kurma. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Jum’ah, hadis no : 906]

3- Berjalan Kaki Ke Masjid

عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ ، قَالَ : ” مِنَ السُّنَّةِ أَنْ تَخْرُجَ إِلَى الْعِيدِ مَاشِيًا وَأَنْ تَأْكُلَ شَيْئًا قَبْلَ أَنْ تَخْرُجَ “

‘Ali bin Abu Talib radiallahu ‘anhu berkata: Adalah sunnah untuk keluar pada hari raya dengan berjalan kaki dan makan sesuatu sebelum keluar (menunaikan solat raya) [Sunan at-Tirmizi, Abwab al-Eidain, hadis no : 487, hadis hasan]

4- Pergi dan Pulang Dari Masjid Dengan Jalan Yang Berbeza

عَنْ جَابِرِ ، قَالَ : ” كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيدٍ خَالَفَ الطَّرِيقَ “

Jabir radiallahu ‘anhu berkata: Nabi sallallahu ‘alaihi wassalam akan memilih jalan yang berbeza pada hari raya [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Eidain, hadis no : 939]

5- Memakai Wangi-Wangian (Lelaki sahaja)

ثنا إِسْحَاقُ بْنُ مُوسَى ، ثنا أَنَسُ بْنُ عِيَاضٍ ، حَدَّثَنِي مُوسَى وَهُوَ ابْنُ عُقْبَةَ ، عَنْ نَافِعٍ ، أَنَّ ابْنَ عُمَرَ : ” كَانَ يَغْتَسِلُ وَيَتَطَيَّبُ يَوْمَ الْفِطْرِ “

Nafi’ meriwayatkan bahawa Ibn Umar radiallahu ‘anhu akan mandi dan memakai wangian pada hari raya [Imam al-Faryabi dalam Ahkam al-Eidain : 16]

6- Memakai pakaian yang terbaik

أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ قَالَ : أَخَذَ عُمَرُ جُبَّةً مِنْ إِسْتَبْرَقٍ تُبَاعُ فِي السُّوقِ فَأَخَذَهَا ، فَأَتَى بِهَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ابْتَعْ هَذِهِ تَجَمَّلْ بِهَا لِلْعِيدِ وَالْوُفُودِ ، فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” إِنَّمَا هَذِهِ لِبَاسُ مَنْ لَا خَلَاقَ لَهُ فَلَبِثَ عُمَرُ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ يَلْبَثَ ، ثُمَّ أَرْسَلَ إِلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِجُبَّةِ دِيبَاجٍ ، فَأَقْبَلَ بِهَا عُمَرُ ، فَأَتَى بِهَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّكَ قُلْتَ إِنَّمَا هَذِهِ لِبَاسُ مَنْ لَا خَلَاقَ لَهُ وَأَرْسَلْتَ إِلَيَّ بِهَذِهِ الْجُبَّةِ ، فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : تَبِيعُهَا أَوْ تُصِيبُ بِهَا حَاجَتَكَ ” .

‘Abdullah bin Umar radiallahu ‘anhu menyatakan bahawa Umar radiallahu ‘anhu mengambil sebuah jubah  sutera yang dijual di pasar. Beliau  membawa pakaian itu kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam, lalu Umar radiallahu ‘anhu berkata: “Wahai Rasulullah, belilah ini dan berhiaslah dengan pakaian ini untuk hari raya dan menyambut utusan-utusan.” Rasulullah Saallallahu ‘alaihi wa sallam pun bersabda: “Ini adalah pakaian orang yang tidak akan mendapat sebarang bahagian (di akhirat). Selepas sekian lama, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam menghantar sehelai jubah sutera kepada ‘Umar. Beliau terus membawa jubah itu kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam dan berkata: Ya Rasulullah ! Sesungguhnya engkau pernah menyatakan bahawa ini merupakan pakaian buat manusia yang tidak mendapat sedikit bahagian pun di akhirat, tetapi kenapa engkau hantar jubah ini kepada aku?

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam menjawab: Engkau boleh menjualnya, atau memenuhi keperluan engkau dengannya. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Eidain, hadis no : 902]

Imam Ibn Hajar al-Asqalani menghuraikan hadis di atas:

وأنها مأخوذة من تقريره صلى الله عليه و سلم على أصل التجمل وإنما زجره عن الجبة لكونها كانت حريرا

Galakan (untuk berhias pada hari raya difahami daripada) Diamnya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam (di atas cadangan Umar untuk memakai pakaian yang cantik pada hari raya) menunjukkan asalnya ialah berhias. Sesungguhnya baginda menolak kerana pakaian itu daripada kain sutera.

7- Bertakbir

حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ ، عَنِ ابْنِ أَبِي ذِئْبٍ ، عَنِ الزُّهْرِيِّ : ” أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَخْرُجُ يَوْمَ الْفِطْرِ ، فَيُكَبِّرُ حَتَّى يَأْتِيَ الْمُصَلَّى ، وَحَتَّى يَقْضِيَ الصَّلَاةَ ، فَإِذَا قَضَى الصَّلَاةَ قَطَعَ التَّكْبِيرَ “

Zuhri meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam keluar pada hari raya aidilfitri, baginda sallallahu ‘alaihi wassalam akan bertakbir hinggalah tiba di musolla (tanah lapang tempat mendirikan solat raya), dan sehinggalah baginda sallallahu ‘alaihi wassalam mendirikan solat raya. Selesai sahaja solat raya, baginda sallallahu ‘alaihi wassalam tidak lagi bertakbir. [Musannaf Ibn Abi Syaibah, Kitab as-Solat, no : 5479]

وَلِتُكْمِلُواْ ٱلْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

“…hendaklah kamu mencukupkan bilangannya (puasa) dan hendaklah kamu mengagungkan Allah (bertakbir) atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu.” (Al-Baqarah: 185)

SUMBER : http://alkahfi.com.my

2724 Total Views 6 Views Today

Related Post

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*