AARON AZIZ MOHON TARAF PENDUDUK TETAP (PR) DI MALAYSIA

Pin It
Aaron Aziz Pilih Malaysia Berbanding Singapura

on the way pergi kerja pagi tadi fyna ada dengar cerita pasal pelakon yang hensem nih, Aaron Aziz berkaitan dengan permohonan untuk  menjadi penduduk tetap Malaysia . siap harta dekat Singapura tue dia da jual. good luck la.

“Saya sudah pun memohon taraf Penduduk Tetap (PR) dengan kerajaan Malaysia pada awal bulan lalu. Saya buat ini bukan kerana bosan dengan isu warganegara yang sering dipersoalkan terhadap saya, tetapi saya buat kerana tidak mampu untuk menoleh ke belakang.

Saya sudah ada kehidupan yang sempurna di Malaysia, jadi mengapa harus saya berpatah balik? Anak-anak saya juga sudah bersekolah di sini. Untuk masa depan yang lebih cerah, saya rasa lebih baik saya menjadi penduduk tetap Malaysia. Rumah dan kereta di Singapura telah pun saya jual,” umum Aaron ketika ditemui di sidang media teater ‘Badai Semalam’ petang tadi.

Dalam masa yang sama, hero Nora Elena ini juga mengakui dia tidak kisah dengan penerimaan peminat di Singapura. Jelasnya, mungkin tindakannya itu mungkin mengundang rasa kurang senang kepada sesetengah peminat, tetapi dia lebih mengutamakan masa depannya bersama keluarga berbanding isu-isu lain.

“Jika disuruh membuat pilihan antara kerajaan Malaysia dan Singapura, sudah tentu saya pilih kerajaan di bawah kepimpinan Dato’ Sri Najib Tun Razak. Tidak perlu saya berikan alasan, kerana umum sudah maklum tentang situasi di sana. Di sini rezeki saya lebih baik, jadi tidak salahnya saya mahu menjadi penduduk tetap Malaysia. Bagaimanapun, permohonan ini masih belum diluluskan. Kalau memenuhi syarat-syarat yang digariskan, mungkin tidak ada masalah,” tambah Aaron lagi.

Tak mahu peminat bosan

Dalam perkembangan lain, pelakon ini mengakui yang dia kini lebih berhati-hati dalam memilih watak yang ingin dilakonkan. Ini kerana dia tidak mahu penonton berasa bosan atau muak dengan lakonannya.

“Saya memilih bukan kerana perasan bagus, tetapi saya tidak mahu penonton berasa bosan. Kalau watak yang dibawa lebih kurang sama sahaja, lama kelamaan tidak mustahil peminat akan hilang minat. Jadi, untuk mengelakkan perkara itu berlaku, lebih baik saya hati-hati memilih watak. Selepas ini, harap-harap tawaran yang datang dalam pelbagai watak, bukan watak romantik sahaja,” ulas Aaron.

Bercerita tentang penglibatannya dalam teater ‘Badai Semalam’, Aaron memberitahu dia melakonkan watak Karim, seorang anak orang kaya yang gemar berfoya-foya dan akhirnya berkahwin dengan anak bekas orang gaji keluarganya.

“Saya seronok dan teruja untuk berlakon dalam pementasan ini kerana ada Umie Aida, Erra Fazira dan Fizz Fairuz. Kami pernah bergandingan sebelum ini dan memang seronok bekerja dengan mereka. Dalam masa yang sama, saya juga berasa takut dengan tanggungjawab ini. Berlakon teater bukannya mudah. Sedikit kesilapan boleh menjejaskan perjalanan cerita. Kalau boleh saya tidak mahu pementasan ini rosak kerana kesilapan yang saya lakukan.

Namun, saya anggap ‘ketakutan’ ini sebagai cabaran untuk saya berikan yang terbaik. Saya percaya mesti ada sebabnya saya terpilih untuk membintangi teater ini. Selain baca skrip, saya juga merancang untuk baca novel yang ditulis oleh Khatijah Hashim bagi menjiwai watak Karim,” ujar Aaron.

179 Total Views 1 Views Today
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 thoughts on “AARON AZIZ MOHON TARAF PENDUDUK TETAP (PR) DI MALAYSIA

  1. bl ada kepentingan diri baru la nk kt msia ni bgus la apa la klu tdk mana ada hampa hrmat kami dan negara kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>