1 Hari 1 Entri

1 Hari 1 Entri | Assalammualaikum dan salam sejahtera. Semangat baru untuk blog pada masa akan datang. Kononnya lah kan. Tak tahulah sampai bila. Takut hangat-hangat tahi ayam saja. Semoga semangat dan aura ini sentiasa ada untuk admin.

Disebabkan sebelum ini admin sibuk dengan urusan peribadi dan juga dengan kekangan kerja, insyaAllah lepas ini admin cuba untuk mencari rentak baru dan juga jiwa baru untuk blog ini pada masa akan datang. Haaa… nampak tak permainan disitu. Bersemangatkan. Aura positif sudah mula kembali. Bagus sangat dah.

blogging

Sebelum ini pernah rasa untuk berhenti dari dunia blog tetapi ramai kawan-kawan suruh admin hanya berehat seketika. Mencari mood dan rentak yang baru. Sayang dengan blog ini. Oleh itu, admin cuba mencari mood dan rentak yang baru. Walaupun sekarang belum berjumpa rentak yang sepenuhnya, admin cuba untuk bermanja-manja dengan blog ini terlebih dahulu.

Dengan bermula 1 Hari 1 Entri. Insyaallah blog ini akan tidak bersawang seperti sebelum ini. Paling tak pun, repost balik entri sebelum ini. Kalau ada lebih dari 1 entri, bagus lah kan. Itu rajin namanya. Yang penting kualiti pada entri dan isi yang cuba dikongsi dan disampaikan sampai pada pembaca.

Disini admin juga ada kongsikan beberapa Tips Blogging Terbaik. Untuk rujukan admin dan juga rakan-rakan.

Nota Kakiku : Sambil update entri dengan lagu Awak Kat Mana – Taufik Batisah

1334 Total Views 2 Views Today

Related Post

43 Comments

  1. blogger lelaki : yang draft tue pun fyna banyak juga. ada yang sesetengah entri yang fyna post nih pun koleksi dari draft tue. hehehe.. kalau tak memang bertambah je kat draft tue. ^_^

  2. hai fina. saya pun macam fina dulu pernah berblog kemudian terhenti. sekarang mula blogging semula, macam ketagih pula..
    good luck fina
    a blogger will always be a blogger 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*